Monday, March 7, 2011

Two month ago

Salam Rabiul Awal dan salam sejahtera keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta Ahlul Al-Bait. Alhamdulillah, syukur setinggi-tingginya dirafatkan kepada Allah Azzawajalla kerana masih lagi menjadikan diri ini untuk bernafas dan menikmati nikmat Iman dan juga nikmat Islam. Dalam sedar mahupun tidak, rupanya sudah masuk dua bulan lebih PI menjalani latihan industri disebuah institusi kerajaan di negeri Kelantan. Hanya tinggal dua bulan sahaja lagi. Tidak sabar rasanya diri ini hendak menghabiskan latihan industri ini. Selama berada di sini banyak pengalaman dan pembelajaran yang dapat PI. Disini PI kenal bermacam-macam jenis dan ragam manusia. Tidak seindah yang PI impikan. Rupanya dunia di luar kampus ini ada berbagai-bagai cabaran dan mehnah yang patut PI hadapi. Jika sebelum ini, hanya mengenali buku, sahabat-sahabat kampus, bilik kuliah dan hostel sahaja.  

Namun, disini ianya berbeza.Syukur dipanjatkan pada Yang Esa, mungkin inilah salah satu ujian yang diberikan untuk mengetahui sejauh mana tahap keimanan PI, dan sekuat mana pegangan aqidah PI. Bila kita berada didunia luar ,ia menguji sejauh mana tahap ibadat kita pada yang Esa. PI tahu, Allah sayangkan PI. Kerana itulah Allah memberi beberapa ujian yang patut PI hadapi. Ujian yang kecil ni pun Pi dah rasa tak kuat. Ya Allah betapa goyahnya Imanku. Kemanakah semangatku selama ini untuk memperjuangkan Islam? Kemanakah kekuatan yang ku kumpulkan bersama-sama sahabat bila berada diluar nak memperjuangkan Islam? Ya Allah jadikanlah diri ini istiqamah dalam setiap amalan dan ibadat yang dilakukan. Biarlah apa yang dilakukan sedikit asalkan ianya berterusan.

Sesungguhnya Allah SWT tidak menilai sebanyak mana amal ibadat yang dilakukan tapi sejauh mana kualitinya ibadat kita itu. Janganlah kita hanya berhujah dan bekata-kata sahaja untuk memperjuangkan din al-Islam tapi satu habuk pun tarak ada hasil. Firman Allah SWT dalam surah As-Soff:
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
"Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan."
 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket