Saturday, November 6, 2010

YA ALLAH, AMPUNKAN DOSA-DOSAKU

 Ya Allah.. Ya Rabb..Baru ku tersedar , rupanya selama ini pegangan agamaku terlalu nipis bahkan jika dibandingkan dengan kulit bawang, lebih nipis darinya. Namun, Alhamdulillah..Syukur kehadrat Allah yang Maha Berkuasa. Melalui seorang Ustaz, diriku dibawa ke jalan hidayah dari terus berada dalam keadaan yang jahil. Syukran sangat-sangat Ustaz. Ya allah ampunkanlah segala dosa-dosaku. Astaghfirullahal ‘Azhim….Dengan lafaz   (لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله) –Aku bersaksi bahawasanya tiada tuhan melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawasanya nabi Muhammad adalah pesuruh ALLAH. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosaku yang lalu.Semoga segala percakapanku itu tidak memesongkan akidahku.Aku takut teramat sangat.Disebabkan kejahilan ilmu, kurangnya pegangan akidah didalam diri ini. Menyebabkan diriku mudah goyah.
 Sebenarnya, jikalau tak diteliti… Tidakku perasan bahawasanya segala percakapanku itu boleh  membawa kepada pemesongan akidahku. Na’uzubillahu minzalik.. Aku seorang muslimat yang memakai purdah.  Aku mula memakai purdah lebih kurang 2 tahun yang lalu. Perasaan itu hadir dan menghimpit jiwa bila melihat muslimat yang memakai purdah. Ku merasakan  betapa bagus dan indahnya akhlak mereka yang sentiasa menutup dan menjaga aurat dari mata-mata lelaki ajnabi. Diriku telah ditegur bila mengatakan bahawasanya, mungkin susah untuk aku bekerja dengan berpakaian seperti ini. Mungkinkah diriku terpaksa membuka purdah ini? Dengan kata-kata inilah Ustaz telah mengingatkan bahawasanya akidah aku boleh terpesong jika tidak yakin dengan ALLAH TAALA.  Diriku tak bermaksud pun begitu, namun sebenarnya melalui kata-katalah ia menzahirkan apa yang ada di dalam hati dan jiwa kita.
Firman Allah Taala:
وَمَن يَتَّقِ اللهَ يَجعَل لَّهُ, مَخرَجَا(2) وَيَرزُقهُ مِن حَيثُ يَحتَسِب وَمَن يَتَوَكَّل عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسبُه, إِنَّ اللهَ بَالِغُ أَمرِهِ قَد جَعَلَ اللهُ لِكُلِّ شَىءٍ قَدرًا (3)   surah at-thaalaq: 2-3
2. Dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),
3. Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah, ampunkanlah segala perbuatan diriku ini. Betulkan lah segala akidahku. Tetapkanlah keimananku dalam agama-Mu. Ya Allah jadilah diriku ini sebaik-baik muslim dan berpegang teguh dengan akidahMu walauapa keadaan pun yang ku hadapi….Terimalah taubatku ini Ya Allah..PI nak kongsi doa yang diajar oleh seorang ustaz dengan pembaca. Digalakkan membacanya setiap kali selepas solat..
اللَّهُمَّ أَحيِنَا بِالإِيمَان وَأَمِتنَا بِالإِيمَان وَاحشُرنَا بِالإِيمَان وَأَدخِلنَا الجَنَّةَ مَعَ الإِيمَان بِرَحمَتِكَ يَا أَرحَمَ الرَّحِمِين. اللَّهُمَّ هَوِّن عَلَينَا فِي سَكَرَاتِ المَوت وَبَارِك لَنَا فَي المَوت وَفِيمَا بَعدَ المَوت. اللَّهُمَّ اختِم لَنَا بِحُسنِ الخَاتِمَة وَلَا تَختِم عَلَينَا بِسُوءِ الخَاتِمَة.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket