Alhamdulillah..Syukur dipanjatkan seinfiniti kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana masih lagi memberi nafas kepada diri yang kerdil dan hina ini dalam menikmati nikmat Iman dan Islam. Dalam keheningan malam, dengan nyanyian katak memanggil hujan, diselangi dengan bunyian unggas malam yang menceriakan malam ini. Itulah nikmat kebesaran Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Mulia. Betapa hebatnya ciptaan Ilahi. Yang menjadikan siang dan malam, panas dan hujan. Sesungguhnya, ALLAH telah menciptakan manusia untuk beribadat kepada-Nya yang ESA dan menjadikannya sebagai khalifah di Alam ini. Ketika didalam kandungan, semua manusia telah berjanji kepada Allah Azzawajallah akan menyembah dan beribadat kepada-Nya. Tetapi bila manusia dilahirkan di Alam ini, mereka lupa dengan janji-janji kepada Allah SWT. Semoga Allah sentiasa menetapkan iman dalam diri ini untuk mentaati Allah dan berada dalam agama Islam.
Namun,pada hari ini. Bila manusia bertuhankan nafsu, dosa pahala sudah dilupakan. Ana rasa sedih teramat-amat sangat dengan fenomena sekarang yang berlaku keatas pemuda pemudi kita. Semasa dipejabat tadi, ana keep in data kompaun kepada pesalah yang melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam. Masya-Allah betapa ramainya,pemuda-pemudi yang melakukan zina. Mungkin didunia hanya kompaun dikenakan kepada pesalah. Tapi diakhirat, balasan Allah sangat berat. Mungkin bagi mereka kompaun yang dikenakan hanyalah RM150-RM500. Bagi yang kaya, duit bukan ukurannya. Namun itulah yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan untuk mendidik manusia daripada terus melakukan maksiat dan zina. Sesungguhnya, manusia itu sendiri yang mengubah dan membawa diri mereka samada kearah dosa mahupun pahala. Masya-Allah, itu antara perlakuan yang dapat ditangkap,mungkin banyak lagi maksiat di luar sana yang tidak dapat dicegah. Bila diri mengutamakan nafsu tidak kiralah samada negeri serambi mekah atau tidak maksiat tetap akan berlaku. Itu realiti, kita tidak dapat menjamin 100% negeri serambi Mekah jauh dari maksiat dan zina. Tapi, syukur alhamdulillah.Kerajaan cuba untuk menjadikan pemerintahan Islam dengan mengenakan saman kepada mana-mana perlakuan yang dilarang oleh Allah Taala. Realiti hari ini, penerapan cara hidup Islam tiada dalam diri masyarakat. Sesungguhnya adalah tanggungjawab ibubapa dalam mencorak dan mendidik anak-anak mereka kearah generasi al-Quran. Jika kita ada melakukan kesalahan besar mahupun kecil cepat-cepatlah kita bertaubat dan kembali kepada Allah. Sesungguh-Nya Allah Maha Pengampun..
Wahai Tuhanku, ampunkan dosa-dosa yang telah aku lakukan dimasa lampau dan dimasa kemudian, juga dosa-dosa yang kulakukan secara sembunyi dan secara terang terangan dan segala dosaku yang Engkau lebih tahu dariku. Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa mendahului sesuatu dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengkemudiankan sesuatu. Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
~Al-FaQir ilallah~
Perindu Ilahi
~Al-FaQir ilallah~
Perindu Ilahi
No comments:
Post a Comment