Saturday, March 26, 2011

Pengalaman yang tak dapat dilupakan...

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum..Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kerana masih lagi diberi peluang untuk mencoretkan sesuatu di laman blog ini. Seputar kenangan, tetiba teringat sahabat-sahabat yang belaja di Pondok Terusan, Pasir Tumbuh. Terasa diri ini sangat merindui saat menuntut ilmu disana beberapa bulan yang lalu. Walaupun hanya sebulan lebih sahaja berada di pondok. Namun, banyak ilmu dan pengalaman yang ana dapat. Syukur Alhamdulillah, Allah memberi nikmat pada diri ini untuk menuntut ilmu disana walaupun sebentar. Betapa seronoknya menuntut ilmu itu jika kerana Allah SWT. Berbeza sekali dengan keadaan di universiti yang kebanyakkan hanyalah untuk mengejar pointer sahaja. Biah di pondok sangat berbeza daripada di kampus. Bila berada disana, Masya-Allah betapa kerdilnya diri ini. Banyak yang tidak ku tahu tentang ilmu agama walaupun menuntut didalam bidang sarjana muda fiQh dan fatwa. Di setiap surau atau madrasah akan ada ustaz-ustaz yang mengajar kitab. Sampaikan kekadang diri ini tidak tahu nak memilih untuk ke madrasah yang mana satu kerana semuanya mengajar kitab. Kalau ikutkan hati nak talaQQi semua kitab tetapi mana mungkin, nak tak nak hanya boleh pergi satu madrasah sahaja dalam satu masa. Masya-Allah, betapa banyaknya ilmu itu di pusat pengajian pondok. Kekadang terasa malu dengan pelajar-pelajar disana kerana baru nak belajar ilmu agama secara mendalam. Ana ni boleh dikatakan orang yang paling tua dikalangan mereka. Kebanyakkan pelajar adalah berumur antara 13 tahun hingga 23tahun. Betapa beruntungnya mereka belajar di sekolah pondok. Banyak ilmu agama yang mereka dapat. Selain itu, keadaan disana mendidik diri dan jiwa. Dengan jadual harian yang bangun sebelum subuh, salat berjamaah dan talaQQi kitab-kitab lama. Masya Allah,tidak tergambar betapa seronoknya keadaan itu.Keadaan disana telah mendidik diri ini untuk belajar dan mencari ilmu kerana Allah Taala. Selain itu, mengajar diri ini bagaimana indahnya akhlak muslimat-muslimat pondok yang solehah...

Ana juga ingin berkongsi pengalaman, semasa disana. Ana berkenalan dengan seorang Mualaf, sudah berumur 55 tahun. Berbangsa cina baru dua tahun memeluk agama Islam. ana sangat kagum dengan dirinya yang begitu bersemangat untuk mempelajari agama Islam tanpa rasa jemu. Semasa ana disana, setiap kali lepas maghrib. Dia meminta untuk mengajarnya bacaan al-Quran. Semasa mengajarnya, kekadang timbul rasa kesian dan menitis air mata ana kerana betapa bersemangatnya untie ini mempelajari al-Quran. Dia susah untuk menyebut huruf-huruf dengan betuk tetapi berusaha untuk melakukannya tanpa rasa penat. Masya-Allah, bila pintu hidayah itu terbuka luas dan syurga yang diimpikan segala yang susah itu dapat diharungi. Keadaan ini mengajar diri ana untuk belaja ilmu agama dengan lebih mendalam..

~Al-FaQir ilallah~
  Perindu ilahi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket