Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum, Alhamdulillah. Ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran pada yang Esa kerana masih lagi memberi nikmat iman dan Islam. Hari ini, terasa diri ini diselubungi awan hitam. Kesedihan menimpa diri ini bila tidak melepasi ujian JPJ pagi tadi. Masya-Allah, ini baru ujian dunia. Hati ini terlalu mudah goyah, iman terlalu rapuh dan nipis. Bagaimanakah jika di alam barzah nanti??Bila ujian dialam sana tidak lulus. Tentu terlebih gundah-gulana diri ini. Di sana tidak ada lagi peluang untuk repeat, andainya tidak lepas titian sirathalmustaqim. Sudah pasti akan terus berada didalam neraka. Hal ini kerana Allah sudah memberi peluang kepada hamba-hambaNya di dunia. Peristiwa hari ini mendidik diri ini untuk memperbanyakkan lagi amal kepadaNya. Pergunakanlah sebaikmungkin peluang yang telah Allah SWT berikan. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah diberiNya. Setiap ujian di dunia, akan dibalas dengan kenikmatan di akhirat andainya kita sebagai hambaNYa dapat hadapi dan harungi cabaran tersebut dengan penuh keimanan dan kesabaran.
Ana teringat pesanan yang disampaikan oleh seseorang yang ana sangat sayang: “ Ingatlah, semua permintaan dan doa-doa yang diminta oleh setiap hambaNya akan dimakbulkan oleh Allah Taala. Cuma yang membezakan adalah samada Dia mahu mengabulkan doa hambaNya itu di dunia atau di akhirat. Berfikirlah positif dan bersangka baiklah kepadaNya. Sekiranya doa kita tidak dimakbulkan di dunia. Maka Allah akan mengabulkan doa hamba-hambaNya di akhirat. Jangan sesekali kita bersangka buruk kepada Allah Taala. Setiap yang berlaku didalam kehidupan kita adalah untuk menguji sejauh mana keimanan diri kita padaNya ” |
Oleh itu, wahai hati yang dalam kesedihan. Janganlah engkau terus bersedih lagi. Firman Allah Taala: La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Hadapilah setiap ujian itu dengan penuh rasa ikhlas dan sabar. Sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.
~Al-FaQir ilallah~
Perindu Ilahi
No comments:
Post a Comment