Wednesday, December 1, 2010

Impian Tidak Kesampaian

Impianku untuk berjumpa Ulama’ Muktabar yang terkemuka Syeikh Prof. Dr Mohammad Said Ramadhan Al-Bouti tidak kesampaian. Prof Dr Mohammad Said Ramadhan Al-Bouti ialah ulama Syria, penulis terkenal  Fiqh Seerah. Beliau menetap di Damsyik, merupakan  alim rabbani. Kini umur  beliau lebih  80 tahun, masih gigih berdakwah...Moga Allah setiasa memberkati perjuangannya menyebarkan fikrah Islam yang jelas kepada  seluruh masyarakat dunia.
Malam tadi telah diadakan talk bersama beliau di KUIS. Hasrat diri ingin sangat untuk pergi, hajat di hati ingin mendapat berkat dari Ulama’ Muktabar. Namun disebabkan tiada kenderaan, telah membantutkan hasratku ini. Ana mendapat tahu kehadiran Syeikh Said Ramadhan al-Bouti dari Ustaz Syeikh Salim merupakan bekas pensyarah Fakulti ana (Syariah dan Undang-Undang). Ustaz mesej ana dah petang, mengatakan ada majlis bersama Syeikh Said Ramadhan al-Bouti. Kalau boleh cubalah sedaya upaya untuk pergi kesana dengan beberapa orang kawan. Bila diajak,tidak ada kawan yang sanggup ikut. Tidakku salahkan diri mereka, ada yang letih sebab baru je balik dari exam.Mungkin fikrah kami berbeza, bagi diriku ini peluang keemasan untuk berjumpa dengan Ulama’ Muktabar yang datang ke bumi Malaysia. Rasa sedih sangat, peluang didepan mata tapi ku lepaskan begitu sahaja. Ku berharap agar pada masa akan datang diizinkan Allah taala untuk berjumpa dengan Syeikh Prof. Dr  Said Ramadhan al-Bouti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket