Friday, October 8, 2010

MAMPUKAH AKU MENJADI SEORANG WANITA SOLEHAH..

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah

Tabah jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantahan
Penharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah… 

Ya Allah,jadikan aku ini sebaik akhlak diri mereka..
Yang hidupnya sentiasa dalam keredhaan-Mu..
Yang menjadi impian setiap muslimah..
Sesungguhnya sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...