Saturday, October 30, 2010

13 TIPS ERAT PERSAHABATAN

 1. KESABARAN                                                                                                                                                                 
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tdk menyenangi sikap teman2 di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yg membelengu dirimu aka selesai & jgn meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu dan sudah tentu org lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tdk berprasangka buruk adalah resepi utama dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting utk membina sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya org lain yg perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tdk adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu ama lain. Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu & mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yg mulia?

11. AMBIL BERAT
Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar & tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit bebanyak masalah yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselasaikan!

12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati. W/pun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak & kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dgn bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.

13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yg berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali & memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah & bermaaf-maafan agar kekeruhan yg melanda akan jernih semula.

Thursday, October 28, 2010

Asma' digelar wanita besi berumur panjang

ASMA' binti Abu Bakar, turut dikenali sebagai wanita besi yang berumur panjang. Nama wanita ini, pendek saja, tetapi, perjalanan hidupnya tidak pendek seperti namanya.

Allah memberinya umur panjang dan kecerdasan berfikir, hingga dia dapat mewarnai perjalanan hidup generasi tabiin (pengikut Rasulullah) dengan perjalanan kehidupan pada zaman Rasulullah.

Asma’, termasuk kelompok wanita yang pertama masuk Islam. Permulaan Asma tidak boleh dipisahkan dengan peristiwa hijrah Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar.

Dialah yang mengirimkan bekalan makanan dan minuman kepada mereka. Lantaran peristiwa inilah, Asma digelar sebagai “dzatin nithaqain” yang membawa maksud wanita yang memiliki dua ikat pinggang.

Gelaran ini diberikan ketika Asma hendak mengikat karung makanan dan tempat minuman yang akan dikirim kepada Rasulullah dan Abu Bakar. Pada waktu itu, Asma tidak memiliki tali untuk mengikatnya, maka dia memotong ikat pinggangnya menjadi dua, satu untuk mengikat karung makanan dan satu lagi untuk mengikat tempat air minum.

Ketika Rasulullah mengetahui hal ini, baginda berdoa semoga Allah akan menggantikan ikat pinggang Asma dengan dua ikat pinggang yang lebih baik dan indah di syurga.

Asma’ berkahwin dengan Zubir bin Awwam, seorang pemuda dari golongan biasa yang tidak memiliki harta, kecuali seekor kuda. Namun demikian, Asma’ tidak kecewa. Dia tetap setia melayan suaminya.

Sekiranya suaminya sibuk menyebarkan tugas daripada Rasulullah, Asma’ tidak segan merawat dan menumbuk biji kurma untuk makanan kuda suaminya. Hasil perkahwinannya, Allah menganugerahi mereka seorang anak yang cerdas yang diberi nama Abdullah bin Zubir.

Asma’ memiliki beberapa sifat istimewa. Selain cantik, dia mempunyai sifat yang hampir sama dengan saudaranya Aisyah, cerdas, pantas, dan lincah. Sifatnya yang pemurah menjadi teladan kepada ramai orang.

Waktu terus berlalu, anaknya Abdullah bin Zubir, diangkat menjadi Khalifah menggantikan Yazid bin Mu'awwiyah yang wafat. Bani Umaiyah tidak rela dengan kepemimpinan Abdullah bin Zubir. Mereka menyiapkan tentera yang besar dalam pimpinan Panglima Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi untuk menggulingkan Khalifah Abdullah bin Zubir.

Perang di antara dua kekuatan itu tidak dapat dihindari. Lalu, Abdullah bin Zubir turun ke medan perang untuk memimpin pasukannya.

Tetapi, tenteranya belot dan pergi kepada pihak Bani Umaiyah. Akhirnya dengan jumlah tentera yang sedikit, pasukan Abdullah bin Zubir undur ke Baitul Haram, bersembunyi di bawah Kaabah. Beberapa saat sebelum kekalahannya, Abdullah bin Zubir menemui ibunya.

Ibunya, bertanya, “Mengapa engkau datang ke sini, padahal batu besar yang dilontarkan pasukan Hajjaj kepada pasukanmu menggetarkan seluruh kota Makkah”?

“Aku datang hendak meminta nasihat daripada ibu,” jawab Abdullah dengan penuh rasa hormat.

“Mengenai apa,” tanya ‘Asma lagi.

“Tentera aku banyak yang belot. Mungkin kerana takut kepada Hajjaj, atau mungkin juga mereka menginginkan sesuatu yang dijanjikan. Tentera yang ada sekarang nampaknya tidak akan sabar bertahan lebih lama bersama aku.

“Sementara itu, utusan Bani Umaiyah menawarkan kepadaku apa saja yang aku minta berupa kemewahan dunia, asal aku bersedia meletakkan senjata dan bersumpah setia mengangkat Abdul Malik bin Marwan menjadi khalifah. Bagaimana pendapat ibu,” tanya Abdullah.

Asma’ menjawab dengan suara tinggi: “Terserah engkau, wahai Abdullah! Bukankah engkau sendiri yang lebih tahu mengenai dirimu.
“Apabila engkau yakin dalam kebenaran, maka teguhkan hatimu seperti tentera engkau yang gugur. Tetapi apabila engkau menginginkan kemewahan dunia, tentu engkau seorang lelaki yang pengecut. Bererti engkau mencelakakan diri sendiri, dan menjual murah sebuah kepahlawanan.”

Abdullah bin Zubir, menundukkan kepala di depan ibunya yang kecewa. Ibunya walaupun tua dan buta, namun Abdullah seorang khalifah dan panglima perang yang gagah berani tidak sanggup melihat wajah ibunya kerana rasa hormat dan kasih kepadanya.

“Tetapi aku akan terbunuh hari ini, ibu,” kata Abdullah lembut.

“Itu lebih baik bagimu, daripada engkau menyerahkan diri kepada Hajjaj. Akhirnya kepala kamu akan dipijak-pijak oleh Bani Umaiyah dengan memberikan janji mereka yang sukar untuk dipercayai,” kata ibunya tegas.

“Aku tidak takut mati, ibu! Tetapi aku khuatir mereka akan mencincang dan merobek-robek jenazah aku dengan kejam,” ujar Abdullah lagi.

“Tidak ada yang perlu ditakuti dengan perbuatan orang hidup terhadap orang yang mati. Bukankah kambing yang disembelih tidak merasa sakit lagi ketika disiat?” jawab ‘Asma.

“Yang ibu khuatir kalau engkau mati di jalan yang sesat,” sambung ‘Asma lagi.

“Percayalah ibu, aku tidak memiliki fikiran sesat untuk melakukan perbuatan keji. Aku tidak akan melanggar hukum Allah. Aku bukan pengecut dan aku lebih mengutamakan keredaan Allah dan keredaan ibu,” ucap Abdullah bersemangat.

Nasihat Asma memberi semangat kepada Abdullah untuk mempertahankan dan membela kebenaran. Sebelum matahari terbenam, Abdullah mati syahid menemui Allah.


Tuesday, October 26, 2010

Malu Ciri Utama Takwa...

RASULULLAH saw bersabda yang bermaksud: "Malu itu adalah sebahagian daripada iman" (riwayat Muslim dan At-Tirmizi). Berdasarkan hadis ini, orang yang mengaku beriman perlulah punya sifat malu. Apabila berkurang atau tiada rasa malu, maka itu tanda kelemahan atau ketiadaan iman.



Ini kerana iman dan rasa malu mempunyai kaitan atau hubungan yang sangat erat. Perhatikan sabda Rasulullah yang bermaksud: "Malu dan iman itu adalah satu rumpun. Apabila terangkat (hilang atau tiada) salah satu (daripada kedua- duanya), maka hilang pula yang lain" (riwayat Al-Hakim).

Rasulullah, menerusi hadis itu jelas mahu mengajar atau mendidik umatnya agar bertabiat atau bersifat pemalu. Ini kerana baginda adalah seorang yang sangat atau paling tinggi sifat pemalunya, malah dikatakan sifat malu baginda lebih tinggi daripada pemalunya gadis pingitan.

Mengapa Rasulullah mengaitkan iman dengan rasa malu? Ini kerana orang yang memiliki iman atau kuat rasa keimanannya, tentu akan mempunyai perasaan malu. Apabila perasaan malu tidak ada, bermakna iman sudah tidak ada. Demikianlah sebaliknya.

Sesungguhnya kita manusia memang tidak terlepas daripada melakukan dosa atau kesalahan. Apabila ada di kalangan manusia yang berbuat sesuatu dosa dan kesalahan, baik kepada Allah mahupun manusia, lalu rasa penyesalan yang mendalam terbit dari hatinya lantaran didorong oleh perasaan malu kepada diri sendiri, orang lain, apatah lagi kepada Allah.

Dalam ayat 135, surah Ali Imran, Allah memperjelaskan kepada hamba-Nya bahawa orang yang bertakwa itu bukanlah mereka yang tidak pernah mengerjakan kesalahan atau berbuat silap tetapi orang yang punya sifat takwa ialah yang cepat-cepat bertaubat dengan bersungguh hati di hadapan Allah sesudah menyedari atau terlanjur melakukan kesilapan.

Pernyataan taubat ini tentunya diiringi tekad yang sungguh-sungguh untuk tidak mengulangi lagi apa juga kesalahan yang boleh membawa kepada dosa dan kemurkaan Allah.

Rasa malu dan iman itu adalah dua perkara yang tidak boleh terpisah. Ini kerana seseorang yang benar-benar mempunyai rasa malu dalam melakukan apa saja perbuatan keji atau tercela, bermakna orang itu mempunyai iman yang teguh dan kuat pula.

Perlulah kita yakin bahawa keimanan akan memberi dorongan kepada seseorang untuk menjauhi sebarang kerja maksiat.

Insaflah bahawa Allah sentiasa mengawal atau mengawasi setiap perlakuan hamba-Nya. Sebarang dosa yang walau sekecil mana pun pasti dicatat oleh malaikat yang ditugaskan khusus oleh Allah.

Sunday, October 24, 2010

Wahai Pemuda...(Episod 2)

Wahai angkatan pemuda !
Ada pun manhaj atau  program induk kita angkatan pemuda

Islam memanglah mempunyai tahap-tahap yang tertentu,

lengkap dengan rancangan-rancangannya yang terang lagi

jelas. Sebenarnya kita memang benar-benar tahu apa yang

kita kehendaki dan kita juga memang tahu bagaiman wasilah

dan jalan yang boleh menyampaikannya kita kepada

kehendak kita itu.
(1) Mula-mula sekali kita mahu diwujudkan individu

muslim; iaitu individu muslim  dalam pemikirannya,

muslim dalam aqidahnya, muslim dalam segala tingkah laku

serta perasaannya. Muslim dalam segala tindak-tanduknya. 

Ini dinamakan pembentukan keperibadian kita.
(2) Selepas itu kita mahu diwujudkan rumahtangga

muslim, iaitu rumahtangga yang bersifat muslim dalam 

fikirannya, muslim dalam aqidahnya, muslim dalam segala

tingkah laku serta perasaannya, muslim dalam segala amalan

serta tindak tanduk. Bagi mencapai matlamat ini kita 

memelihara wanita sama seperti mana kita memelihara 

angkatan pemuda. Ini dinamakan pembetukan keluarga kita.
(3) Selepas itu kita mahu diwujudkan umat Islamiyah, iaitu

umat bersifat muslim dalam semua sudut yang tersebut tadi. 

Bagi mencapai maksud ini kita bekerja supaya seruan dakwah

kita sampai ke setiap buah rumah. Kita berusaha supaya 

suara kita kedengaran hingga ke setiap tempat, supaya fikrah

kita ini berpeluang meresap masuk keseluruh dusun dan 

desa, pekan dan bandar, kota dan negeri. Dalam hal ini kita

tidak boleh kedekut tenaga seperti mana kita tidak akan

membiarkan mana-mana  wasilah yang mampu kita lakukan.
(4) Selepas itu kita mahu diwujudkan kerajaan Islam.

Kerajaan yang memimpin umat ini menuju ke masjid, yang 

boleh mendorongkan orang ramai ke arah petunjuk Islam

seperti mana didorongkan para sahabat Rasulullah s.a.w 

dahulu seperti Abu Bakar dan Umar. Untuk mencapai 

maksud ini kita tidak boleh menerima sebarang

pemerintahan kerajaan yang tidak bertapak di atas asas 

Islam dan tidak mengambil ajaran dari sumbernya(Al-Quran

dan As-Sunnah). Kita tidak dapat mengakui parti-parti 

sekular yang ada sekarang. Kita tidak dapat menerima segala

bentuk dan corak yang sudah usang yang dipaksakan kepada 

kita oleh orang kafir dan musuh-musuh Islam supaya kita 

berhukum dengan undang-undang mereka. Akan tetapi 

sebaliknya kita akan terus bertindak untuk menghidupkan 

semua sistem pemerintahan Islam dalam semua bidangnya 

sehinggalah terbentuknya kerajaan Islam di atas asas sistem 

fikrah kita ini.

(5) Selepas itu kita mahu mencantumkan semula setiap

bahagian tanahair Islam kita, tanahair yang telah dipecah

belahkan oleh politik barat dan yang dihapuskan

perpaduannya oleh sikap tamak-tamak dan haloba negeri-

negeri Eropah. Bagi mencapai tujuan ini kita tidak dapat 

menyetujui segala pembahagian sempadan dan negara yang

dilakukan dengan tujuan politik seperti yang ada sekarang.

Kita juga tidak menerima segala perjanjian antarabangsa yang

menyebabkan tanahair umat Islam dipecah-belahkan menjadi

negeri-negeri kecil yang lemah dan dikotak katikkan supaya

mudah ditelan oleh para perampas. Kita juga tidak akan 

berdiam membisu terhadap perbuatan menceroboh 

kebebasan umat-umat yang lemah ini dan segala bentuk

cengkaman ke atas mereka. Mesir, Syria, Iraq, Saudi, Yaman,

Libya, Tunisia, Algeria, Morocco, Malaysia dan setiap jengkal

bumi yang di dalamnya terdapat insan muslim yang 

mengucapkan Lailaha illa Allah, semuanya itu adalah

merupakan tanahair Islam yang terbesar. Kita terus menerus

berusaha demi untuk memerdekakannya dan menyelamatkan

serta melepaskannya dari cengkaman luar dan akhirnya

mencantumkannya semula segala bahagiannya yang

bercerai-berai itu.
Jika sekiranya seseorang Jerman itu meletakkan dirinya

sebagai pembela kepada sesiapa sahaja orang yang 

berketurunan darah Jerman, maka aqidah Islam pula 

mewajibkan setiap orang muslim sebagai pembela kepada 

setiap insan yang meresap masuk ke dalam dirinya ajaran

kitab Quran. Menurut istilah Islam, faktor-faktor keturunan

darah-daging tidak boleh dianggap lebih kuat hubungannya 

dari faktor iman kepada Allah. Dalam persoalan ini aqidah

Islam itu yang merupakan segala sesuatu kerana iman itulah

yang membezakan di antara kasih sayang dengan kebencian.

(6) Selepas ini kita mahu pula panji-panji Allah itu kembali

berkibaran di angkasa segala pelusuk dunia yang

pada suatu masa dulu pernah menikmati 

kebahagiaan hidup di bawah fikrah Islam, iaitu negeri-

negeri yang pernah berkumandang suara azan dengan ucapan

takbir dan tahlil membesarkan Allah. Kemudian malangnya 

negeri-negeri tersebut menjadi malap cahayanya lalu jatuh

semula ke tangan kafir setelah beriman. Sepanyol, Sicily,

negeri-negeri Balkan(Bosnia, Croatia, Serbia dll) dan Itali 

Selatan semuanya itu adalah negeri-negeri kepunyaan umat

Islam yang mesti kembali semula kepangkuan Islam. Laut 

Mediterranean dan Laut Merah sebagai dua tasik kepunyaan

umat Islam mestilah dikembalikan seperti sediakala.

Jika sekiranya Mussolini (Diktator Italy semasa perang dunia

kedua) berpendapat bahawa beliau berhak mengambil

empayar Rom yang telah diwujudkan di atas asas kehalobaan

dan hawa nafsu, maka kita pula berpendapat bahawa kita

adalah berhak mengembalikan keagungan empayar Islam 

yang telah diwujudkan di atas asas keadilan dan keinsafan

dengan tujuan menyebarkan cahaya serta petunjuk bagi

seluruh umat manusia.

(7) Selepas itu, di samping perkara-perkara yang dicita-

citakan tadi, kita mahu mencanangkan seruan dakwah

kita kepada seluruh dunia dan kita mahu 

menyampaikannya kepada sekalian umat manusia sehingga

meresap keseluruh pelusuk bumi dan sehingga tunduklah 

setiap makhluk yang angkuh itu kepada seruan tersebut, agar 

tidak lagi berlaku fitnah dan kembalilah ugama itu semuanya

kepada Allah. Pada ketika itu bergembiralah orang-orang

mukmin dengan pertolongan Allah. Allah pasti menolong 

sesiapa yang di kehendakinya kerana Dia adalah Maha Gagah

lagi Maha Penyayang.

Perlu di sebut bahawa setiap tahap program induk tadi

telah lengkap mempunyai perencanaannya, pecahan 

serta wasilah-wasilah yang boleh digunakan. Tetapi di sini

kita memadai dengan serba ringkas tanpa membicarakannya 

dengan panjang dan perincian. Allah jualah tempat kita

memohon pertolongan dan memadailah Dia sebagai tumpuan

kita dan sebaik-baik pengawal. 
Biarlah orang-orang yang culas serta pengecut itu berkata

kononnya dakwah kita ini hanya suatu angan-angan yang

begitu jauh dan suatu dongengan yang menawan hati 

manusia.

Sebenarnya itulah yang dikatakan kedayusan yang kita tidak 

pernah kita kenali dan tidak juga diajar oleh Islam. Itulah dia

yang dikatakan al-wahn atau sifat pengecut yang 

dilemparkan ke dalam hati umat kita ini lalu 

mendedahkannya kepada musuh-musuh, dan itulah yang 

dikatakan kemusnahan hati sanubari serta kekosongannya 

dari iman dan inilah yang merupakan sebab  kejatuhan umat

Islam. 
Namun demikian, kita tetap mengistiharkan dengan jelas

serta terus terang bahawa sesiapa orang muslim yang

tidak percaya kepada program induk dakwah kita ini 

dan tidak bekerja untuk menjayakannya maka

mereka tidak langsung mempunyai saham kepada

Islam. Eloklah ia mencari fikrah lain untuk dipercayai dan

bekerjalah dengan ideologi tersebut.

Wahai angkatan pemuda, 
Sebenarnya kamu sekarang tidaklah begitu lemah

 berbanding dengan angkatan yang terdahulu dari kamu yang

diberikan kemenangan oleh Allah hasil usaha mereka. Oleh

itu janganlah kamu merasa hina, merasa lemah malah 

hendaklah kamu meletakkan di ruang matahati kamu akan

firman Allah (Al-Imran:173):
الَّذِينَ قَالَ لَهُمْ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Mereka berkata kepadanya: sesungguhnya orang ramai 

telah pun mengumpulkan tenaga terhadap kamu, 

hendaklah kamu merasa takut kepada mereka itu, tetapi 

mereka ini menjadi bertambah kuat imannya. Lalu mereka

berkata memadailah Allah itu untuk kami dan Dialah 

sebaik-baik pengawal.

Kita akan mendidik diri kita sendiri supaya terbentuklah

dari kalangan kita ini apa yang dinamakan individu muslim

.  Kita juga akan mengasuh rumahtangga kita supaya lahirlah

daripadanya nanti apa yang kita sebutkan sebagai 

rumahtangga muslim. Kita juga akan membentuk umat kita

supaya terbentuklah apa yang dinamakan umat Islam. Dan 

sudah tentu kita akan turut serta ke dalam umat Islam ini dan

kita akan terus menerus bergerak menurut langkah-langkah

yang sudah ditetapkan menuju hingga ke hujung jalan dan

sehingga tercapai sasaran yang Allah tentukan kepada kita; 

bukan sasaran yang kita sendiri menentukannya. Dan dengan

izin Allah  serta pertolongannya kita akan tiba di matlamat 

yang ditujui. Allah tetap enggan melainkan mesti 

menyempurnakan citaNya walaupun dibenci oleh orang kafir.

Bagi menghadapi persoalan ini kita telah pun menyediakan 

tidak tersekat-sekat, kepercayaan yang tidak luntur kepada 

Allah, bahkan kita juga telah menyediakan jiwa raga yang

merasai sebahagia-bahagia hari baginya ialah hari yang

mereka gugur sebagai para syuhada di jalan Allah.

Jadikan itu semua sebagai polisi dalaman dan luaran kita 

kerana kita mengambil pengertian tersebut dari hakikat Islam

sendiri. Pemisahan di antara ugama dengan politik bukanlah

dari ajaran Islam yang maha suci. Orang Islam yang tulin 

keugamaannya dan yang benar-benar memahami segala 

pengajarannya tidak mengerti pemisahan seperti itu. Oleh itu

sesiapa jua yang cuba hendak memesongkan kita daripada 

hakikat manhaj ini, maka eloklah dia meninggalkan kita

kerana orang seperti itu tidak terkeluar dari salah satu dari 

dua jenis manusia iaitu:

                                  musuh kepada Islam atau pun jahil 

mengenai hakikat Islam.

Tuesday, October 19, 2010

Wahai Pemuda...(Episod 1)

Satu catatan oleh : al-Syaheed Hassan Al-Banna
Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.
Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.
Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.
Allah berfirman;
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)
Dengan kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kamu itu akan menjadi bertambahberat.
Oleh itu sepatutnya kamu berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.
Ada pemuda yang lahir serta membesar  di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.
Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri.
Ketika bertindak sedemikian itu, pemuda tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.
Kita, Angkatan Pemuda Islam ini, bertuah sebab kita termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga terbukalah mata kita melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus lumus demi kebenaran dan kebebasan. Oleh itu, bersedialah wahai angkatan kesatria, alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh angkatan yang terus menerus bekerja dan bertindak.
Wahai angkatan pemuda!  
Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.
Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi.
Memandang semua inilah saya berasa berkewajipan menerangkan dengan jelasnya kepada anda sekalian dari hal hakikat dan program dakwah Islam untuk kurun yang ke-14 hijrah ini.

Dakwah Islam Dalam Kurun Yang Keempat Belas Hijrah

Wahai angkatan pemuda !
Sebenarnya kita telah pun beriman tanpa sebarang keraguan atau prasangkaan malah kita sudah pun yakin dengan sepenuhnya sekira-kiranya keyakinan kita ini lebih kukuh dan tegap dari gunung-ganang yang memasak bumi, lebih dari segala lubuk hati sanubari bahawa tidak terdapat sebarang apa pun jua fikrah perjuangan melainkan hanya satu sahaja fikrah yang benar-benar mampu menyelamatkan dunia yang sedang terseksa, yang benar-benar mempunyai daya upaya membimbing kemanusiaan yang sedang berada di dalam keadaan tercengang-bangang, dan yang benar-benar sanggup memimpin umat manusia ke arah jalan yang sewajarnya.
Fikrah atau ideologi perjuangan yang seperti itu mustahak diberi segala pengorbanan demi meninggikan kedudukannya, demi memperkenalkannya serta mendorong umat manusia supaya menghayati dengan segala jiwa raga serta memberikan dari sekecil-kecil pengorbanan hinggalah semahal-mahalnya.
Fikrah yang tunggal ini tidak lain dan tidak bukan ialah “Islam yang maha suci” yang sekali-kali tidak terdapat di dalamnya sebarang apa pun jua penyelewengan, keburukan dan kesesatan yang akan menimpa sesiapa yang mengikutnya.
Allah berfirman(Al-Imran:18-19):
شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُوْلُوا الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
Allah menjadi saksi, dan para malaikat dan ahli cerdik pandai bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang berlaku adil terhadap makhluknya, tidak ada Tuhan melainkan Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya ugama yang di sisi Allah itu ialah Islam.
Suatu lagi firman Allah (Al-Maidah:3):
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمْ الْإِسْلَامَ دِينًا
Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu akan ugama kamu, dan Aku penuhkan kepada kamu nikmatKu, dan redhalah Aku Islam itu sebagai ugama bagi kamu.
Jelas bahawa fikrah perjuangan kita hendaklah fikrah yang bersifat Islam dengan setulin-tulinnya. Di atas dasar Islamlah fikrah kita berpijak, daripada sumbernyalah kita mendapat petunjuk. Kerana Islam maka kita ini berjuang dan demi kerana meninggikan kalimahnya maka kita bekerja serta bertindak. Fikrah kita tidak sekali dapat menyamakan sebarang sistem dengan sistem Islam, tidak sekali-kali redha mengikut sebarang pimpinan yang lain malah fikrah kita sekali-kali tidak akan patuh kepada apa jua hukum melainkan Islam.
Allah berfirman (Al-Imran : 85):
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ
Dan barangsiapa mencari ugama selain dari Islam maka usahanya itu tidak sekali - kali akan di terima.
Islam serta penganut-penganutnya pernah mengalami suatu zaman cubaan di mana mereka ditimpa dengan pelbagai kemalangan dan dikelubungi oleh bencana yang bertubi-tubi. Pada ketika itulah musuh-musuh Islam telah bekerja untuk memadamkan sinarannya, cuba untuk menyembunyikan keindahannya bahkan untuk menyesatkan para pemeluknya, membantutkan pelaksanaan hukum hududnya serta melemahkan bala tenteranya di samping memutar ajaran serta hukum-hukumnya. Kadang-kadang mereka lakukan dengan cara mengurangkannya dan terkadang pula dengan jalan menambah-nambahkannya dan selain dari itu, dengan mentafsirkan hakikatnya dengan cara yang tidak sewajarnya.
Dalam usaha yang  jahat itu mereka mendapat peluang yang baik bila berlaku kehilangan kuasa politik dari umat Islam dan kehancuran pemerintahan sejagat mereka di samping kemerosotan semangat Muhammadiyah di kalangan bala tenteranya. Akhirnya jatuhlah seluruh umat Islam itu ke dalam genggaman umat kufur sebagai mangsa penghinaan dan penjajahan.
Oleh itu tugas utama lagi pertama bagi kita angkatan pemuda Islam ialah memberi penjelasan kepada orang ramai akan hakikat segala batas agama Islam, menjelaskan kepada mereka itu dengan seberapa terang, sempurna dan jelas tanpa sebarang tambah dan tokok atau kekurangan atau sebarang kesamaran. Tugas seperti ini merupakan sudut teori bagi hakikat fikrah kita.
Di samping itu kita mestilah mengajak mereka melaksanakan fikrah kita itu serta mendorong mereka demi menyelamatkannya serta membimbing mereka ke arah beramal dengan ajarannya. Sudut ini di namakan sudut amali bagi fikrah perjuangan kita.
Pegangan kita dalam semunya itu ialah kitab Allah yang tidak pernah diresapi oleh kepalsuan sejak dulu hingga sekarang, dan keduanya ialah sunnah yang benar serta nyata datangnya dari Rasulullah s.a.w dan juga sejarah perjalanan bersih dari angkatan salaf umat Islam ini.
Kita tidaklah menghendaki di sebalik usaha itu sebarang apa pun jua melainkan keredhaan Tuhan, menunaikan kewajipan dan memimpin umat manusia serta menunjuk jalan kepada orang ramai.
Kita akan terus berjihad demi untuk menjayakan fikrah kita itu, dan kita akan berusaha sedaya upaya demi untuk menegakkan supaya dengan itu dapatlah kita sekalian hidup mulia atau sebaliknya biarlah kita mati secara yang mulia. Cogan kata kita ialah :
Allah matlamat kami ;
Rasul itu ikutan kami ;
Al-Quran itu perlembagaan kami ;
Jihad jalan kami; dan
Mati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami.
Wahai angkatan pemuda !
Sesungguhnya Allah telah memuliakan kamu dengan menamakan kamu angkatanNya, dengan mengurniakan iman kepada kamu serta mendidik kamu atas dasar ugamanya, dan Allah telah meletakkan kamu di martabat tertinggi di muka dunia dan di kedudukan para dai di kalangan orang ramai serta Allah menganugerahkan kepada kamu kemuliaan seperti yang dianugerahkannya kepada maha guru di hadapan muridnya..
Allah berfirman  (Ali-Imran:110):
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ
وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.
Allah berfirman (Al-Baqarah : 143):
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ
Demikianlah pula Kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi    saksi terhadap umat manusia.
Oleh itu perkara yang pertama sekali yang Allah menyeru kamu ialah hendaklah kamu mempunyai keyakinan diri sendiri, dan hendaklah kamu menyedari martabat kamu dan yakinlah bahawa kamulah sebagai tuan di dunia walaupun musuh-musuh kamu sudah tentu ingin melihat kamu berada di dalam kehinaan. Hendaklah kamu yakin bahawa kamu adalah sebagai guru kepada umat-umat di dunia walaupun pada waktu-waktu yang tertentu orang lain pernah mengatasi kamu dalam sesuatu sudut yang tertentu; namun demikian, kemenangan terakhir adalah di tangan orang-orang yang bertaqwa jua.
Oleh itu, wahai angkatan pemuda!
Hendaklah kamu menentukan matlamat dan haluan kamu. Ketahuilah bahawa titik kekuatan ialah iman. Hasil dari iman ini lahirlah perpaduan. Dengan ini tercapailah kemenangan yang cemerlang. Maka segeralah kamu beriman, berukhuwwah dan bertindak, kemudian tunggulah kemenangan dan sampaikanlah berita baik ini kepada seluruh para mukminin.
Seluruh dunia berada di dalam keadaan cengang -bengang lagi bergejolak. Segala sistem yang ada kini telah gagal mengubatinya. Tidak ada sebarang ubat untuk menyelamatkan dunia ini melainkan dengan Islam jua. Oleh itu, tampillah ke hadapan dengan nama Allah untuk menyelamatkan dunia itu kerana seluruh umat manusia sedang bertunggu-tunggu ketibaan seorang penyelamat dan juru penyelamat ini tidak akan berlaku melainkan dengan mengamalkan risalah (perutusan) Islam, iaitu risalah yang dibawa obor-obornya oleh kamu. Bangkitlah dan siarkanlah nya ke seluruh alam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket