Sunday, November 14, 2010

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

Mujahidah Sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indah nan permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati
Akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya



Mujahidah sejati
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa


Mujahidah sejati
Berbekal Al-Quran dan As-Sunnah

Bersulam pengorbanan

Bisa menggegarkan isi dunia


Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi

Seindah suria menerangi bumi

Harapan ummah yang abadi


Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah,Aisyah,Fatimah

Menjadi muqarrabin bermujahadah

Menuju cinta dan kasih Allah


Mujahidah sejati 
Paras rupa bukannya ukuran

Nilainya sama disisi Tuhan

Cuma ibadah yang membezakan

Wanita solehah disisi Tuhan


Mujahidah sejati
Berhati-hatilah hasutan dunia

Kerana ia merbahaya

Jangan biarkan ia bertakhta

Dalam diri dengan dosa-dosa


1 comment:

  1. salam ziarah ;)
    moge enti sihat dlm rahmat kasihNya.
    syukran atas perkongsian intipati entri ni.
    insyaallah, once kite niat utk jd baik.. Allah akan sentiasa lorongkan ke jalan yg menambhkn pahala ;) dgn syarat kita kena sentiasa ikut perintahNya.. jauhi laranganNya.

    Allah alwiz help, for those who helps themselves..so? lets.. do sometin yg boleh top-up our live..to be a better muslim n moge Allah sentiasa pasakkan istiqomah d jalan dakwah ;)

    salam perjuangan... salam sayang..
    wsslm..

    * born to be a little mujahid + little mujahidah!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket