Monday, June 6, 2011

MODUL BENGKEL PEMUDAH CARA BINA INSAN

ICE BREAKING (JEJAK INSAN)

Objektif
Ø  Menanamkan sifat inginkan kawan dalam diri peserta
Ø  Menyatukan peserta menjadi satu kelompok yang bersatu
Ø  Membina semangat setiakawan dalam diri peserta
Ø  Memecahkan peserta kepada beberapa kelompok kecil
Ø  Melihat bagaimana perhubungan mereka sebelum ini

Gerak Kerja
Ø  Fasi mengeluarkan kertas yang memastikan peserta mendata tandatangan daripada
      ciri-ciri individu yang tertulis di kertas.
Ø  Peserta dikehendaki mendapat tandatangan sebanyak 50 individu yang ciri-cirinya ada di kertas.
Ø  Fasi akan melakukan proses penyatuan kelompok melalui kaedah ‘sinar nombor’.
Ø  Kelompok dikehendaki 1) Namakan Kelompok 2) Etika Kelompok 3) Wujudkan ketua kelompok 4) Logo


LDK 1 (POHON / POKOK MUHASABAH DIRI)

Objektif
Ø  Mengenal watak dan perilaku ahli lain
Ø  Mewujudkan kejelikitan di kalangan ahli kelompok
Ø  Mencari sifat sebenar ahli kelompok
Ø  Bagaimana ingin mengetahui dan memahami tingkah laku dan perilaku ahli kelompok.

Gerak Kerja
Ø  Peserta diberikan kertas A4 dan dikehendaki melukis pokok selain pokok pinang,
Ø  pisang, kelapa sawit dan salak.
Ø  Fasi mengumpul dan menafsirkan perwatakan ahli kelompok berdasarkan sifat yang ditunjukkan melalui lukisan pokok muhasabah tersebut.
Ø  Dapatkan persetujuan ahli mengenai tafsiran yang dibuat ke atasnya.
Ø  Asimilasikan dengan sifat atau akhlak yang baik atau sebaliknya.


LDK 2 (THE LAST GENERATION)

Objektif
Ø  Melihat kepintaran kelompok memberi pendapat
Ø  Memastikan kelompok mempunyai ide yang bernas
Ø  Melihat bagaimana pencapaian inkuri ahli kelompok
Ø  Disiplin ahli dengan peraturan yang telah ditetapkan
Ø  Mendapatkan gambaran sebenar mengenai tahap kesabaran dan tolak ansur ahli
      kelompok

Gerak Kerja
Ø  Peserta dipecahkan kepada dua kumpulan besar jika peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan, peserta akan dipecahkan kepada kumpulan mengikut jantina.
Ø  Peserta dikehendaki memilih untuk menyelamatkan generasi terakhir di bumi untuk dipindah dan membangunkan satu planet baru.
Ø  Daripada 12 individu terbabit, peserta hanya dikehendaki memilih 6 yang terbabit untuk dipindahkan ke planet baru.


LDK 3 (SAYA OK)

Objektif
Ø  Menukarkan pernyataan negatif kepada pernyataan positif
Ø  Menumpukan kepada kemahiran mengenal potensi diri
Ø  Melihat kendiri peserta
Ø  Memastikan ahli kelompok dapat mengenal pasti matlamat penglibatan mereka di universiti/sekolah

Gerak Kerja
Ø  Peserta dikehendaki menulis saya ok kerana…….
Ø  Kemudian dikehendaki menyenaraikan lima pernyataan positif untuk melengkapkan pernyataan tersebut, cth: Saya ok kerana…suka menolong dll…
Ø  Fasi ajukan soalan:
Ø  Adakah sukar bagi anda untuk meluahkan pernyataan positif
Ø  Apa yang akan berlaku jika anda berfikiran sedemikian
Ø  Apakah kesan yang paling teruk jika anda dalam situasi yang mempunyai tekanan

LDK 4 (FESYEN KEPIMPINAN)

Objektif
Ø  Memberi kesedaran bahawa pemimpin dan anak pimpinan akan sentiasa saling
Ø  bergantungan
Ø  Menanamkan sikap bertolak ansur dan mematuhi arahan selaras dengan tugas

Gerak kerja
Ø  Ahli kelompok akan memilih seorang fasinya untuk dipakaikan dengan pakaian
Ø  ciptaan kelompoknya
Ø  Fasi akan mengikut sahaja setiap arahan yang diberikan oleh kelompok semasa
Ø  proses penciptaan fesyen
Ø  Pakaian yang dicipta daripada kertas yang berwarna warni oleh kelompok akan
Ø  diperagakan oleh fasi . Ketua fasi akan memberi ulasan.


APRESIASI ALAM

Objektif
Ø  Mewujudkan kejelikitan dan membuka minda peserta
Ø  Memberi kesedaran akan pentingnya sifat kerjasama
Ø  Mencungkil kemahiran dan kekuatan kognitif peserta
Ø  Memberi ruang kegembiraan kepada peserta
Ø  Melepaskan perasaan yang tidak menepati dengan bengkel

Gerak Kerja

1.      Paku Millenium
Peserta dikehendaki meletakkan 13 batang paku di atas sebatang paku yang
tercacak di atas sekeping papan. Peserta akan dikehendaki membawa paku
tersebut sejauh jarak yang telah ditetapkan.

2.       Mengapungkan Bata
Peserta akan dikehendaki mengapungkan bata dengan menggunakan 4 helai kertas A4. Apungan bata tersebut hendaklah melepasi tangan yang dihulurkan
melaluinya.
 
3.      Belon Sifat

Adat Hindu Yang Kita Tiru

Telah menjadi adat orang Melayu bahawa setelah ibu melahirkan anak,  urinya akan ditanam. Sekadar menanam uri sahaja setelah dibersihkannya daripada darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu ianya dibuang begitu sahaja, tanpa niat-niat yang lain, tidaklah menjadi kesalahan, tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu tempat dan kemudian diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan kemudian diletakkan lampu di sebelah tempat yang ditanam itu, maka itu menyerupai adat agama Hindu.

Orang Melayu meletakkan asam dan garam kalau anak perempuan supaya  pandai memasak dan meletakkan paku kalau anak lelaki supaya pandai menukang. Tetapi itu zaman dahulu. Zaman sekarang di mana kemahiran anak perempuan bukan lagi pada masak memasak,  tetapi dalam bidang pelajaran, maka apakah kena ditanam uri itu dengan buku-buku sekolah? Dan kalau anak lelaki pula, apakah perlu ditanam komputer bersama uri tersebut? Inilah adat Melayu yang tidak ada logik dan tidak ada gunanya.

Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama pada waktu dahulu, anak itu akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras atau kunyit. Ini juga menyerupai Hindu.

Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang suka menonton rancangan Hindustan yang kebanyakannya juga beragama Hindu.Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan dengan bertepung tawar dan melontar beras dan sebagainya. Mengapa beras padahal minyak wangi banyak dijual di kedai?  Kerana orang Hindu mempercayai semangat yang ada pada padi. Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang Hindu dalam memuja semangat padi. Mereka yang belum berumahtangga dan akan berumahtangga hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa hendaklah menasihatkan anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara yang bertentangan dengan Islam di hari perkahwinan. Kalau kita sudah bersanding dengan upacara ala Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah atau pendakwah dan hendak bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai hal ini, orang lain sudah tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah menunjukkan contoh yang salah.

Begitu juga tepak sirih yang biasa digunakan oleh orang Melayu di majlis akad nikah, adalah juga daripada adat orang-orang Hindu. Berbincanglah dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga bakal pasangan anda dan nyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu majlis perkahwinan yang bercorak Hindu itu. Sebab kalau kita tidak berdakwah, anak-anak kita nanti semuanya akan ikut dan kita akan menanggung dosanya kerana kita telah mewariskan adat agama syirik!

Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga di atas kubur tersebut. Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan, orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas mayatnya. Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur, bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi: "Biar mati anak, jangan mati adat".
Saya rasa pepatah ini berasal daripada orang Hindu juga kerana mereka sangat kuat berpegang kepada adat. Yang betulnya: "Biar yang lain terkorban, Islam jangan digadai."
Oleh kerana itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini, terutamanya yang tua-tua,
bermati-matian menegakkan adat, walaupun bercanggah dengan Islam, seperti bersanding di atas pelamin dengan upacara yang bukan-bukan.

Kalau sepanjang hidup kita ini kita ikut orang Hindu, bagaimanakah kita boleh mati dalam keadaan Islam? Sedangkan Allah telah berfirman yang bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali sebagai orang-orang Islam."

Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita mestilah dengan cara Islam, daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita dikuburkan di  bumi.

Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung dengan orang-orang Melayu. Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang mempengaruhi orang Melayu. Namun sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan kita daripada sebarang penyerupaan dengan amalan agama lain.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:"Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kaum itu."

Dalam riwayat yang lain: "..........dan akan dibangkitkan bersama-sama mereka (kaum yang diserupainya)."

Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa perlu ditokok tambah atau dibuang atau diubah.


ANTARA LOBAK, TELUR DAN KOPI........


Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.
Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan meletakkannya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan memasukkaknya di dlm mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak? " "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.
Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasa lobak itu. Ia melakukannya dan merasa bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebiji telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk merasa kopi. Ia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang khas. Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda.
Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut. "Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"

Untuk renungan bersama.........
Bagaimana dengan anda? Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu. Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik. wassalam...


Sunday, June 5, 2011

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." 
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

TUJUH PANDUAN UNTUK NAQIB

Adaptasi (ringkasan dan penyesuaian)daripada tulisan 
Ummu Azmi, "Petua Menjadi Ketua Usrah Yang Berjaya"
dalam majalah Ummi,
Julai 1990, 34-35.
 
 
Panduan 1: Kenali Ahli Usrah
Naqib perlu mengenali ahli usrahnya dengan mendalam. Selidiki latar belakang mereka: diri, keluarga, pendidikan, pekerjaan, perkara yang disukai, perkara yang dibenci dan sebagainya. Ikuti perkembangan hidup mereka: kebajikan, kewangan dan seumpamanya. Maklumat-maklumat itu boleh digunakan untuk mentadbir usrah secara lebih berkesan. Berpandukan maklumat itu, naqib boleh bertindak dengan tepat-sesuai dengan peribadi tertentu.
 
Panduan 2: Rancang Program Pengisian
Naqib mesti merancang program usrahnya sebelum usrah itubermula. Antaranya, agihkan masa yang sesuai untuk slot bacaan al-Quran dan pentafsirannya, bacaan hadis, perbincangan tajuk khusus, pembersihan hati, dan hal ehwal semasa. Tetapkan terlebih dahulu tajuk yang hendak dibahaskan dan bahan-bahan rujukannya. Senaraikan juga perkara-perkara untuk diumumkan kepada ahli usrah. Naqib juga perlu membaca bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk perbincangan.
 
Panduan 3: Segarkan Usrah dengan Suasana Perbincangan
Naqib berperanan untuk menyegarkan suasana usrah dengan perbincangan yang sihat dan terkawal. Pastikan perbincangan berfokus pada tajuk yang telah dirancang. Semasa berbincang, ahli digalakkan mengemukakan nas-nas yang sahih dan contoh-contoh dari sirah Rasulullah s.a.w. Usahakan ag-ar perbincangan itu dikaitkan dengan realiti semasa dapat  dihayati dalam kehidupan seharian.
 
Panduan 4: Beretindak sebagai Pemimpin Tempat Bernaung
Naqib perlu menjadi qudwah hasanah kepada ahli-ahlinya dalam segala
segi baik perbuatan, percakapan, perbelanjaan, cara bergaul dan
berpakaian. Jalinkan ukhuwah sesama mereka, dalam atau   luar usrah. Naqib juga perlu bertindak selaku kaunselor. Berbincanglah dengan mereka secara persendirian atau berkumpulan. Tanda awal seseorang naqib itu berjaya ialah apabila para ahli menjadikan dirinya sebagai tempat merujuk.
 
Panduan 5: Berikan Kerja kepada Ahli
Naqib perlu memberikan tugasan yang sesuai dengan minat dan kemahiran ahlinya. Ahli itu akan berasa dihargai apabiladiamanahkan dengan sesuatu tugas untuk kumpulannya. Ahliitu perlu diselia secara wajar dan minimum oleh naqib. Dengan cara ini, ahli usrah akan belajar berkomunikasi dengan lebih banyak orang dan sentiasa membina hubungan dengan   naqib.
 
Panduan 6: Pelbagaikan Kesan Sampingan
Naqib boleh juga mendidik ahli usrah dengan cara-cara lain.Antara cara yang sesuai adalah seperti yang berikut:
 
6.1 Soalan. Kemukakan soalan kepada ahli-ahli usrah tentang tajuk-tajuk yang telah dibincangkan, termasuk isu semas.
 
6.2 Penyelesaian Masalah. Kemukakan masalah yang berkaitan dengan kehidupan seseorang ahli untuk diselesaikan. Contohnya, jika ahli itu pekerja yang sibuk, bincang dan selesaikan masalah agihan masa untuk tugas dan dakwah. Kes spesifik atau cerita boleh juga dikemukakan.
 
6.3 Permainan. Adakan "permainan" yang dapat menguji kepintaran ahli-ahli usrah. Permainan itu boleh menggunakan komputer, secara bertulis, lisan, mengira dan sebagainya. Pendekatan ini dijangka dapat mengekalkan minat ahli-ahli usrah.
 
6.4 Berkhemah dan Berkelah. Kegiatan perkhemahan di pinggir hutan atau perkelahan di pantai sangat berkesan dalam membina ikatan persaudaraan sesama ahli usrah. Kegiatan-kegiatan seperti ini memberi peluang untuk mereka berinteraksi, melakukan kerja secara berpasukan dan membina sikap suka tolong-menolong.
 
Panduan 7:  Sediakan Laporan Penilaian
Naqib perlu melakukan penilaian dari semasa ke semasa. Prestasi ahli-ahli usrah dari segi kefahaman, kesungguhan, potensi, minat, kelemahan, kekuatan perlu dinilai dan dilaporkan kepada mereka. Naqib sendiri perlu meminta komen daripada ahli-ahli usrah tentang cara pengendaliannya, tajuk perbincangan dan sumber rujukan. Berdasarkan komen itu, langkah penambahbaikan boleh dirancang dan dilaksanakan.
 
Catatan
"Tugas mendidik adalah tugas mulia di sisi Allah walaupun rumit dan memerlukan banyak pengorbanan dan persiapan. Ketua usrah hendaklah sentiasa berusaha mempertingkatkan diri sendiri. Kita hendaklah sentiasa menggantungkan setinggi-tinggi harapan kepada Allah agar dibekalkan dengan kekuatan untuk terus bekerja dan berjihad untuk Islam. JanjiAllah memang benar. Sesiapa yang menolong Allah, nescayaAllah akan menolongnya dan meninggikan kedudukannya."
Ummu Azmi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket