Thursday, June 2, 2011

Doa Ketika Dalam Kesempitan Hidup

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari Ahad lepas ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan singgah sembahyang di Masjid Jame' As-Shahab, Kuala Batas, Kedah. Sambil menunggu keluarga Ana sempat ke ruangan membaca di sudut bacaan masjid tersebut. Memang dah tabiat diri ini xleh tengok buku. Mesti nak tahu tentang buku-buku tersebut.hehe..Bukan ulat buku pun. Sempatlah ana membelek beberapa buah buku. Dan terjumpalah doa ni. Terasa nak kongsi ngan sahabat-sahabat blogger tentang doa ni. Doa ini diriwayatkan daripada Ibnu Umar dan dibaca ketika hendak keluar dari rumah.

بـِــسـْــم ِ اللهِ عـَــلـَــى نـَــفـْــسـِــى وَعـَــلـَــى مـَــالـِــى وَدِيــنـِــى. اللهُــمَّ رَضـِّـــنـِــى بـِــقـَــضـَــائِــك َ، وَبـَــارِكْ لـِــى فـِــيْــمـَــا قـُــدِّرَ حـَــتـَّــى لاَ أ ُحـِــبُّ تـَــعـْــجـِــيـْــلَ مـَــا أَخـَّــرْت َ وَلاَ تـَــأ ْخـِــيرَ مـَــا عـَــجـَّــلـْــتَ
Maksudnya “Dengan nama Allah ke atas diriku, hartaku dan

agamaku. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang 

reda dengan ketentuanMu dan berkatilah aku pada apa yang 

telah kau takdirkan untukku sehingga aku tidak cenderung 

untuk mengingini segera apa yang Kau lewatkan dan tidak 

menginginkankan sesuatu lambat terhadap apa yang telah 

Kau segerakan.”  (Riwatay al-Dailami: No 6346)

                                                                                                                         ~al-FaQir Ilallah~
      Perindu Ilahi

Islam dan Tidur

 Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:
 
 “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.”
 
Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan  kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya.
 
Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.
 
 (Dr. Stanley Coren; ‘Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,’ Psychiatric Times, March 1998)
 
Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan  kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid)
 
Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.
 
 (Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of snoozing’)
 
Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999.
 
 (Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic &  Endocrine Function) 


 
 Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah
 
Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik.
 
 Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda’ yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:
 
“Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: “Benarlah Salman.” (Bukhari)
 
Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.
 
Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:
 
 “Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur.”(Bukhari-Muslim)
 
Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.
 
Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.
 
Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa. Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
 
Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”
 
Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata:“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.
 
 Wallahua'lam.
 
 

Wednesday, June 1, 2011

Dari Kelantan - Perak - Kedah


Tiga hari lepas
Bersama keluarga ke Kedah
Meraikan majlis perkahwinan sepupu
Selepas itu, mengambil peluang untuk mengenali Negeri Kedah



Di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah

Singgah berehat di Perhentian Titiwangsa, Perak

Tuesday, May 31, 2011

KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR

  Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka. 

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air. 

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!" 

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat." 

Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."
Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah." 

Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut. 

Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu. 

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."
WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"
Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah." 

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W>T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.  

Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang. 

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam. 

~Al-FaQir Ilallah~
   Perindu Ilahi

Dedikasi khas untuk saudaraku yang mengalami perasaan ini, ditakdirkan ianya pergi.

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang Ya Allah....

Seandainya telah Engkau catatkan....
Dia milikku tercipta buatku....
Satukanlah hatinya dengan hatiku....
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi....
Ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi....
Seiringkanlah kami melayari hidup ini....
Ketepian yang sejahtera dan abadi....
Maka jodohkanlah kami....
Tetapi ya Allah....

Seandainya telah Engkau takdirkan ....
Dia bukan milikku....
Bawalah dia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah dia dari ingatanku....
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan....
Menolak bayangannya jauh ke dada langit....
Hilang bersama senja yang merah....
Agarku sentiasa tenang....
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan....
Adalah yang terbaik untuk ku...
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui....
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini....
Ya Allah.....

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku....
Di dunia dan di akhirat....
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian....
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran....
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman....
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai....
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah....
Ya Allah.....

Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka....
AMIN...AMIN...AMIN.... Ya rabbal 'aalamiin...

~Al-FaQir ilallah~
   Perindu Ilahi

Monday, May 30, 2011

~SELAMAT PENGANTIN BARU~

Assalamualaikum.Salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah, hari ni ada kesempatan untuk mengupdate blog ana yang dah bersarang ni. Sekarang sudah bermula cuti sekolah. Di sepanjang cuti ini, ramai yang mengadakan majlis walimah. Selamat pengantin baru buat semua pasangan yang baru melangsungkan majlis perkahwinan. Semoga ikatan perkahwinan ini akan memberikan sinar baru dalam hidup kalian. Barakallahulakumawabarakah 'alaikuma wa jama'abikhair. Ana minta maaf buat sahabat-sahabat yang mana ana tak dapat menghadiri majlis bahagia kalian semua.Ana sentiasa doakan kebahagiaan kalian semua..=))


Tuesday, May 17, 2011

MEMORIES...

 Kenangan bersama kak kaisi ketika menjalani LI di MPKB-BRI
Alhamdulillah, akhirnya, selesai juga latihan industri ku untuk sem yang terakhir. Banyak ilmu, pengalaman, cabaran dan juga pelbagai telatah dan ragam manusia dapat ku kenal sepanjang lima bulan di MPKB-BRI. Syukran kepada semua warga MPKB-BRI yang banyak membantuku semasa di sana, tidak lupa juga sahabat seperjuangan Kak Kaisi yang banyak tolong Asma. Bantuan kalian hanya Allah yang dapat membalas. Buat semua sahabat seperjuangan, teruskan langkah anda untuk terus berjaya di dunia dan akhirat. Kenangan bersama kalian di USIM, tidak ku lupakan. Syukran, buat semua pensyarah USIM terutama Fakulti Syariah dan Undang-undang. Jasa kalian tetap ku kenang sampai bila-bila. SELAMAT HARI GURU BUAT KALIAN..Semoga sentiasa berada di dalam rahmat Allah.Ameen...

~aL-fAQir ilallah~
   Perindu Ilahi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket