Monday, March 7, 2011

Syair Imam Syafie

Masyaallah… bila membaca maksudnya, terasa begitu tawadhu`nya seorang insan yang bergelar Imam besar ini. Ketinggian ilmu dan kedudukannya menjadikan dia semakin merendahkan diri kepada Allah Azza wajalla. Semakin dia banyak mengakui akan dosa2nya. Semakin dia banyak berharap pada TuhanNya. Kalau nak difikirkan banyak lagi dosa-dosa insan biasa seperti diri ini. Semoga ianya bermanfaat.




 
إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan
وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu
فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.
ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni’mat itu kepadaku
عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku
و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu
يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
dan keampunanMu yang mendatangi hamba;
meninggikan dan memuliakan (martabatnya).

Two month ago

Salam Rabiul Awal dan salam sejahtera keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta Ahlul Al-Bait. Alhamdulillah, syukur setinggi-tingginya dirafatkan kepada Allah Azzawajalla kerana masih lagi menjadikan diri ini untuk bernafas dan menikmati nikmat Iman dan juga nikmat Islam. Dalam sedar mahupun tidak, rupanya sudah masuk dua bulan lebih PI menjalani latihan industri disebuah institusi kerajaan di negeri Kelantan. Hanya tinggal dua bulan sahaja lagi. Tidak sabar rasanya diri ini hendak menghabiskan latihan industri ini. Selama berada di sini banyak pengalaman dan pembelajaran yang dapat PI. Disini PI kenal bermacam-macam jenis dan ragam manusia. Tidak seindah yang PI impikan. Rupanya dunia di luar kampus ini ada berbagai-bagai cabaran dan mehnah yang patut PI hadapi. Jika sebelum ini, hanya mengenali buku, sahabat-sahabat kampus, bilik kuliah dan hostel sahaja.  

Namun, disini ianya berbeza.Syukur dipanjatkan pada Yang Esa, mungkin inilah salah satu ujian yang diberikan untuk mengetahui sejauh mana tahap keimanan PI, dan sekuat mana pegangan aqidah PI. Bila kita berada didunia luar ,ia menguji sejauh mana tahap ibadat kita pada yang Esa. PI tahu, Allah sayangkan PI. Kerana itulah Allah memberi beberapa ujian yang patut PI hadapi. Ujian yang kecil ni pun Pi dah rasa tak kuat. Ya Allah betapa goyahnya Imanku. Kemanakah semangatku selama ini untuk memperjuangkan Islam? Kemanakah kekuatan yang ku kumpulkan bersama-sama sahabat bila berada diluar nak memperjuangkan Islam? Ya Allah jadikanlah diri ini istiqamah dalam setiap amalan dan ibadat yang dilakukan. Biarlah apa yang dilakukan sedikit asalkan ianya berterusan.

Sesungguhnya Allah SWT tidak menilai sebanyak mana amal ibadat yang dilakukan tapi sejauh mana kualitinya ibadat kita itu. Janganlah kita hanya berhujah dan bekata-kata sahaja untuk memperjuangkan din al-Islam tapi satu habuk pun tarak ada hasil. Firman Allah SWT dalam surah As-Soff:
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
"Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan."
 


Sunday, March 6, 2011

Manusia Ciptaan Mulia

Setiap makhluk yang diciptakan Allah Azzawajalla mempunyai fungsi penciptaannya. Manusia dijadikan Allah sebagai Khalifatullah di muka bumi ini. Haiwan dan tumbuhan dijadikan Allah untuk dijadikan makanan dan pelengkap kepada kehidupan yang lain. Tetapi semua makhluk adalah untuk berzikir dan bertasbih kepada allah Yang Maha Pencipta. Sungguh mulia penciptaaan diri manusia itu sendiri. Subhanallah!!Tabarakallah, tidak adalah makhluk dimuka bumi ini yang diciptakan oleh Al-Khaliq semulia manusia. 

Firman Allah Azzawajalla:  Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Allah SWT mengurniakan keistimewaan akal kepada manusia, kebolehan membezakan serta kesanggupan menerima ilmu yang pelbagai jenis. Begitu juga mereka mampu membuat gagasan yang menjadikannya mampu menguasai alam ini, di samping itu mereka yang mempunyai kemampuan dan jangkauan memperoleh apa yang diingini.

Namun, mengapa kita sebagai makhluk Allah SWT mudah alpa dan lupa kepada siapa Pencipta kita. Kita hanya mengingati Allah bila kita menghadapi musibah sahaja tetapi bila didalam kesenangan kita mudah lupa kepada-Nya.


Jaulah diriku dari kefuturan..

Sudah lama rasanya PI tidak mencoretkan apa-apa didalam blog ini. Ianya sudah dipenuhi dengan semak-samun dan sarang-sarang lebah.Alhamdulillah, pada pagi ini dengan nikmat iman dan islam. Syukur pada Allah swt kerana diri ini masih lagi bernafas dan masih lagi sebagai seorang muslim. Ku akui, semenjak akhir-akhir ini diri ini selalu sahaja mudah merasa lemah dan futur. Ya Allah, berilah kekuatan pada diri ini untuk memperjuangkan islam di jalan dakwahMu Ya Rabb. Tanamkanlah pohon-pohon istiqamah dalam diri ini untuk melaksanakan perintah dan syariatMu. Ku doakan setiap amalan yang dilakukan,biarlah diri ini sentesa dalam keadaan ikhlas kerana Allah Taala. Banyak cabaran dan dugaan yang PI hadapi sejak akhir-akhir ini. Itulah sebenarnya asam garam sebuah kehidupan. Ku pohon pada yang Esa semoga dengan ujian dan cabaran yang dihadapi ini menguatkan lagi keimananku pada-Mu Ya Allah. Ku hanya hamba yang lemah dan hina disisiMu. Diriku terlalu kerdil dan terlalu faQir. 

Wahai Kekasihku, 
ku amat-amat menyintaiMu,
tidak sabar rasanya diri ini untuk berjumpa denganMu
Bilaku lemah,Kaulah yang memberi kekuatan,
Bila ku kesakitan, Kaulah yang memberi penawar
Bilaku kesunyian, Kaulah pengubat jiwa
Ku rindu padaMu teramat-amat sangat
KalamMulah pengerat kasih kita...
Semoga cintaku padaMu kekal abadi selama-lamanya...

Tuesday, February 15, 2011

Tabahkan hatiku Ya Allah..

Ya Allah, beratnya ujian-Mu padaku..
Adakah ini kafarah atas sume dosa-dosaku..
Ampunkan daku Ya Allah..
Tabahkan hati hambamu yang hina, kerdil dan lemah ini..
KepadaMu lah aku mengadu segala-galanya
Engkaulah Maha Pendengar lagi Maha Penolong...
Engkau berilah ketenangan kepada jiwa hambaMu ini
Engkau permudahkanlah segala yang payah dan sukar itu Ya Allah..



Sunday, January 23, 2011

Muamalat Di Tempat Kerja

Realiti hari ini menyaksikan kehidupan lelaki dan wanita telah jauh daripada pegangan agama. Sifat, sikap, adab dan disiplin muamalah antara lelaki dan wanita terpesong jauh dari ajaran Islam. Dalam fenomena seperti ini, muamalah ditempat kerja tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.

Muamalat dapat didefinisikan sebagai pergaulan yang bermaksud perkumpulan antara lelaki dan wanita, wanita dan wanita mahupun lelaki dan lelaki pada suatu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di suatu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Namun, adakah semua lelaki mahupun wanita memahami batas-batas muamalat di tempat kerja agar kerja mereka mendapat pahala dan rumah tangga mereka kekal terpelihara? Sesungguhnya, lelaki dan wanita perlu memahami adab muamalat kerana menjaga batas pergaulan ini adalah tanggungjawab bersama.

Oleh yang demikian, beberapa perkara perlu difahami dalam menjaga muamalat antara lelaki dan wanita di tempat kerja. Antaranya, niat ikhlas kerana keredhaan Allah Taala. Mereka harus mengikhlaskan niat dalam meletakkan tumpuan mengapa mereka memegang sesuatu jawatan. Justeru, jika seseorang itu ingin mendapat keredhaan Allah Taala, mereka akan sentiasa menjaga muamalat di tempat kerja berdasarkan garis panduan yang diletakkan oleh syarak.

Selain itu, pandai menempatkan diri di tempat kerja. Lelaki mahupun wanita haruslah menyesuaikan diri dengan suasana di tempat kerja dan menjaga hati( iman) dari melakukan perkara yang dilarang oleh syarak. Umpamanya, menundukkan pandangan adalah sangat dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya , berfikirlah dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara kerana kemungkinan besar apa yang kita lakukan itu akan memberi kesan yang buruk kepada diri kita dan juga Islam.

Bersikap sopan santun dan ramah juga sangat dituntut dalam islam ketika bermuamalat di tempat kerja. Pekerja haruslah berpakaian sopan ketika di tempat kerja dan sentiasa ramah dalam melakukan tugas. Mereka harus menjaga perasaan orang lain ketika berkomunikasi dan berusaha untuk saling membantu ketika melihat rakan sekerja memerlukan bantuan. Di samping itu juga, haruslah emosional dalam mengawal emosi.

Kesimpulannnya, lelaki dan wanita haruslah mengambil penting dalam muamalat di tempat kerja. Hal ini kerana, ia melibatkan adab dan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Batas- batas agama haruslah dititik beratkan demi untuk mendapat keredhaan Allah taala dalam setiap kerja yang kita lakukan. Sesungguhnya, bekerja itu merupakan ibadat dan dapat meberi pahala kepada umat Islam yang melakukannya ikhlas kerana Allah Taala.

Friday, January 7, 2011

Salam Safar..Salam Mahabbah..

Kaifahalukum?? semoga kita semua sihat dan sentesa dalam limpahan rahmat allah SWT. Sudah agak lama rasanya ana tak update blog kesayangan ni. ianya sudah dipenuhi sarang-sarang dan habuk-habuk. Salam tahun baru buat semua. Salam Safar Dan Salam Mahabbah.Rasanya belum terlambat lagi ana mengucapkannnya. Kesuntukan masa sejak akhir-akhir ini membuatkan ana tidak sempat untuk mencorertkan apa-apa. Buat sahabat-sahabat USIM semua, salam menjejaki semester baru. Teruskan perjuangan antunna semua dalam jihad menuntut ilmu. sahabat-sahabat di tahun akhir pula macam mana?? Bagaimana dengan latihan industri yang sedang antum lalui sekarang. Ana rasa semuanya mempunyai pengalaman yang amat luar biasa. jika sebelum ini, kita semua hanya mengadap kitab-kitab dan mu'allim sahaja. Kehidupan kita hanya, hostel , library dan bilik-bilik kuliah sahaja. Namun sekarang kehidsupan kita sudah semakin berubah. Semuanya sudah melangkah kealam masyarakat. So, banyaklah rintangan dan dugaan yang akan kita semua tempuhi. Ana sendiri pun sudah merasa sedikit sebanyak cabaran-cabaran ditempat kerja walaupun baru seminggu menjejakkan kaki di bumi Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam. Ana di tempatkan di Jabatan Pembangunan Islam bahagian Pembangunan Insan. Syukur sangat-sangat, ana boleh meneruskan lagi perjuangan dakwah islam. Ana berharap sedikit sebanyak dapat menyebarkan dakwah Islam dan mencari sebanyak mungkin pengalaman dalam membangunkan masyarakat kearah pembangunan Islam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket