Wednesday, November 10, 2010

Wudhuk ketika Haid..

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Mana-mana wanita yang didatangi Haid atau Nifas terhalang daripada melakukan tujuh perkara ibadat; 

1)     Mandi Haid/Nifas atau berwuduk
2)     Solat
3)     Puasa
4)     Tawaf
5)     Membaca Al-Quran, menyentuh dan membawanya
6)     Masuk Masjid
7)     Brsetubuh dengan suami walaupun dengan lapik
 

 Ini merupakan tujuh larangan yang diharamkan kepada wanita yang didatangi Haid atau Nifas untuk melakukannya. Wanita yang didatangi Haid dan Nifas hanya diberi kelonggaran untuk mandi sunat Ihram sahaja, bahkan sunat.

Mandi junub, mandi sunat ihram, mandi haid @ nifas dan selainnya sama sahaja. Hanya berbeza pada sudut niat. 

BERWUDUK KETIKA HAID/NIFAS 

Berhubungan dengan persoalan penanya menjurus kepada bahagian pertama. Kemungkinan kemusykilan yang ingin ditanya, apakah larangan  berwuduk (bersuci) itu secara mutlak tanpa pengecualian? 

Berkata Syafieyah dan Hanabilah: Mandi Haid@Nifas dan berwuduk hanya dikhususkan kepada mereka yang tidak berhalangan. Perempuan yang sedang didatangi Haid/Nifas tidak akan terangkat hadas mereka dengan mandi atau berwuduk tersebut. Jika dilakukannya dengan tujuan bermain-main, perbuatan ini boleh membawa kepada Riddah.

Hanafiah berpendapat: Haid hanya menghalang dari sah bersuci tetapi tidak mengharamkannya. Bahkan disunatkan bagi wanita di dalam keadaan Haid berwuduk setiap kali solat dan duduk di tempat solatnya untuk bertasbih dan tahlil sekadar waktu solat dilaksanakan. Perbuatan ini dilakukan supaya dia tidak melupakan adat kebiasaannya. 

DAKWAH KEPADA NON-MUSLIM 

       Kurang pasti apa yang cuba dimaksudkan oleh penanya berkenaan “perkara ini”. Adakah perkara ini yang dimaksudkan berwuduk ketika haid atau berwuduk dengan tujuan meniru sunah nabi. Sekadar beberapa prinsip dengan Non Muslim apabila kita ingin membicarakan soal ibadat; 

1)     Perkenalkan kedudukan hamba dibandingkan tuan pada hak dan tuntutan. Semua hamba wajib mentaati perintah tuannya.
2)     Zahirkan hikmah dan logik yang ada pada sesuatu perintah yang dituntut oleh syarak.
3)     Pamerkan Islam merupakan agama yang suci dan bersih. Setiap menitik beratkan kebersihan pada semua keadaan. Walaupun wuduk wanita haid tidak sah akan tetapi sikap meninggalkan perbuatan tersebut juga merupakan pahala kerana mentaati perintah Allah. 

KESIMPULAN
1)     Khilaf di antara Ulama sama ada membenarkan berwuduk atau tidak, bergantung pada niat individu yang melakukannya.
2)     Diharamkan wanita yang didatangi Haid/Nifas berwuduk jika bertujuan untuk mengangkat hadas dalam keadaan dia mengetahui tidak sah wuduknya, ini kerana dia bermain-main dengan hukum.
3)     Jika tujuan berwuduk atau mandi junub dengan tujuan membersihkan diri atau menyejukkan badan atau apa-apa saja niat yang tidak melanggar syarie, maka tidak menjadi masalah. Ini pendapat yang dipegang oleh Auzaie, Malik, Thauri dan Abu Thaur.
4)     Wajar mempertahankan pendapat salaf soleh agar berterusan dengan mengambil waktu solat tersebut dengan berwuduk dan berzikir agar kebiasaan itu tidak dilupakan.
5)     Para wanita banyak yang dirasuk jin dan menjadi lemah kerana mengabaikan ibadat di waktu uzur. Keuzuran bukan alasan untuk meninggalkan semua ibadat kerana meninggalkan solat pada waktu uzur juga merupakan satu ibadat. Perbanyakan zikir dan wirid pada waktu uzur sebagai menampung kekurangan ibadat di waktu ini.
6)     Tidak menjadi kesalahan untuk berwuduk sebelum tidur atau pada ketika marah walaupun dalam keadaan uzur. 

    Hadis diriwayatkan oleh Muslim daripada Aisyah; 

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وَهُوَ جُنُبٌ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ
Maksudnya: Baginda Nabi apabila ingin tidur di dalam keadaan beliau berjunub, baginda akan berwuduk seperti hendak melaksanakan solat sebelum masuk tidur.
7)     Berbicara dengan Non Muslim dengan logik dan menzahirkan hikmah perintah Allah disyariakan.

Allahu A’lam

Disediakan:
Muhammad Aidil Azwal Bin Zainudin

ADAB MENUNTUT ILMU

         Sesungguhnya Islam telah mengangkat kedudukan ilmu dan pengetahuan kerana kedua-duanya memberi kesan dalam pembangunan ummat dan kemajuan semua manusia dan penghubung antara dunia dan akhirat . Dan sesungguhnya Islam mewajibkan mempelajari ilmu syariah yang mana dengannya kita dapat mengenali pencipta ( Allah s.w.t. ) dan kita dapat mengetahui apa apa yang dapat membawa kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat .
Islam juga tidak menghalang dalam mempelajari setiap ilmu yang bermanfaat yang berhajat kepada manusia seperti ilmu perubatan , kejuruteraan, pertanian, perindustrian, dan sebagainya . Bahkan digalakkan berlumba lumba mengambil hikmah dan ilmu yang bemanfaat ini .
Diletakkan asas kelebihan antara orang yang ‘alim dengan orang yang jahil seperti disebutkan dalam alquran ; ( Adakah sama orang yang mengetahui dan yang tidak mengetahui  ? ) Dan sebagaimana Islam mengangkat martabat ilmu itu , maka Islam juga mengangkat martabat ahli ilmu iaitu para ulama . Maka para ulama ini merupakan pewaris para nabi dalam membawa obor hidayah dan iman dan menzahirkan kebenaran serta menerangi jalan. Ilmu mempunyai hak dalam mempelajarinya dan hak ini adalah adab-adab dalam mempelajarinya .
                Daripada adab mengambil ilmu ialah beriltizam dengan bertaqwa kepada Allah dan mentaatinya serta membersihkan diri daripada akhlak yang tidak baik dan jangan memandang mudah terhadap menuntut ilmu pengetahuan daripada gurunya . Sesungguhnya telah dihabiskan waktunya dalam penyelidikan dan penghasilan, dan pernah dikatakkan dahulu bahawa ; ( Ilmu itu tidak diberikan kepada kamu semuanya melainkan sebahagian sahaja) .
Orang yang berakal ialah orang yang mengambil perhatian dan memberi masanya dalam membaca perkara yang bermanfaat daripada kitab , ketahuilah apa-apa yang perlu disungguhkan dan apa-apa yang akan diusahakan dengan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan kepada manusia , dan atas penuntut ilmu itu perlu ditinggalkan tipu daya dirinya . sesungguhnya telah beri’tikad bahawa ilmu ini  seperti laut , tidak mudah untuk mendapatkannya , dan sesungguhnya ia bersama apa apa yang diberi daripada ilmu pengetahuan dengan firman Allah : (………. Wahai tuhanku , tambahkanlah ilmuku .)kan menuntut ilmusetiap muslim diwajibkan menuntut ilmu                

Monday, November 8, 2010

PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH (IMAN)

 Oleh: SHAMSUL ANUAR AHMAD

n -Sujud pada makhluk
n  - Sembelih untuk makhluk
n  - Tidak sebut nama ALLAH sembelih binatang
n  - Membuang al-Quran atau kitab-kitab ilmu untuk menghinanya
n  - Rukuk untuk makhluk dan qasad spt membesarkan ALLAH
n  - Bercakap perkara yang mengkafirkan samaada bergurau atau serius
n  - Menafikan sifat atau asma ALLAH
n  - Mengatakan ALLAH itu baru
n  - Tidak percaya pada nabi dan malaikat
n  - Menyembah rasul atau malaikat
n  - Mendustakan nabi
n  - Tidak percaya kepada satu ayat daripada al-Quran
n  - Menambah atau mengurang satu ayat daripada ayat-ayat al-quran
n  - Menghina nabi dan sunnahnya( cara hidup nabi)
n  -Menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal
n  - Mendakwa menjadi nabi
n  - Percaya kepada orang yang mendakwa menjadi nabi atau rasul
n  - Menuduh para isteri dan sahabat nabi berzina atau kafir
n  - Mengkafirkan orang islam tanpa bukti yang nyata
n  - Menyuruh orang islam masuk agama kafir
n  - Bersumpah atau bernazar dengan kalimah kekufuran
n  - Waswas dirinya kafir atau islam
n  - Menghalang orang bukan islam masuk agama islam
n  - Tidak mahu mengajar orang bukan islam yang mahu belajar tentang islam
n  - Bergurau dengan perintah, larangan dan arahan ALLAH
n  - Menghina orang yang membaca al-Quran
n  - Menghina seruan azan dan iqamah
n  - Mengatakan bahawa aku tidak takut dengan neraka, sirat dan sebagainya
n  - Memohon kematian samaada kafir atau islam
n  - Mila terkena bala ia kata ALLAH itu zalim
n  - Memuji yahudi dan agama kafir tentang hak-hak kepada guru mereka
n  - Berkata alangkah baiknya aku masuk kafir dan kemudian masuk islam dan kau dapat harta zakat
n  - Orang yang menyahut panggilan kekafiran
n  - Mengatakan bahawa aku telah masuk syurga dan telah berasmara dengan bidadari
n  - Mengatakan ALLAH telah menurunkan wahyu kepadanya
n  - Tidak mengkafirkan orang kafir
n  - Memuji dan berbangga dengan kehidupan orang kafir dan yahudi
n  - Mendustakan hari kiamat dan menghinanya
n  - Membesarkan guru, syeikh, dan manusia melebihi rasul dan nabi
n  - Orang yang mengecilkan maksiat menjadi halal
n  - Menghina hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh ALLAH
n  - Tidak percaya, syak dan waswas denganya
n  - Tidak melaksanakan hukum ALLAH dibumi dan mengatakan ia jumud dan tidak maju
n  - Sokong dan beri bantuan pada yahudi untuk memusnahkan islam
n  -Tidak belajar ilmu tauhid
n  - Menyesatkan  masyarakat dengan ideologi kekufuran
n  - Niat selain ALLAH
n  - Mengamalkan ilmu sihir
n  - Memohon bantuan paderi, sami dan pendita yahudi didalam sesuatu perkara
n  - Membalikkan ayat al-Quran
n  - Menyekat kegiatan-kegiatan dakwah
n  - Membaca dan menghafaz dan beramal dengan mentera-mentera, jampi-jampi, ayat-ayat dan serapah-serapah kesyirikkan.  

    -  RUJUKAN  :                                                                                                                  
1.       TUHFATU AL-RAGHIBIN
2.       SYARAH AL=AQAID
3.       KITABUL IBAD SYEKH MAZJAD
4.       RAUDUL AL-THALIB SYEKH ISLAM
5.       ISNI MATHALIB


Sunday, November 7, 2010

Perkahwinan - Kemuliaan Seorang Wanita

Keluarga merupakan asas pada pembentukan sebuah masyarakat. Ia adalah sebuah unit asas yang terdiri dari seorang suami dan isteri, juga jika dikurniakan zuriat, maka ianya menjadi penyempurna kepada sebuah keluarga. Tulisan ini bukan mahu menceritakan apa yang perlu ada pada dalam perkahwinan tetapi apa yang ada pada sebelum perkahwinan. Hasil pengamatan penulis terhadap generasi terbilang yang sama-sama kita boleh berkongsi bersama. Juga untuk rujukan kita jika kita mahu mengamalkannya dalam kehidupan.

Umum diketahui bahawa generasi terbilang dahulu adalah hasil tarbiyah dan didikan. Yang seterusnya melahirkan generasi gemilang. Di sini dicoretkan beberapa kemuliaan (bagi padangan penulis) seorang wanita dalam erti kepada perjalanan kepada perkahwinan.

Apabila dituruti sirah nabi-nabi , kemuliaan wanita adalah terletak pada apabila mereka dikahwinkan oleh bapa mereka. Mungkin kita sedikit mencebik apabila dikatakan bahawa perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa adalah perkahwinan zaman dahulu, tetapi hakikatnya ia adalah sunnah para Nabi. Mari kita turuti beberapa kisah dari pengamatan yang terhasil :

1. Perkahwinan Nabi Musa dengan anak penternak (Surah Alqosos : 22-28 )
Kisah bermula apabila Nabi Musa sampai di sebuah tempat setelah jauh membawa diri dari pihak Penguasa Firaun. Ketika sampai di suatu sumber air di sebuah tempat bernama Madyan , baginda melihat dua orang anak gadis muda sedang menghambat ternakan mereka. Terus ditanyakan pada mereka
“mengapa kamu buat begitu”,"kami tidak boleh memberi minum pada ternakan kami sehinggalah penternak-penternak yang lain pulang sedangkan ayah kami adalah seorang yang sangat berumur." kata kedua-dua anak gadis tersebut.

Maka di atas sifat seorang manusia, Nabi musa membantu kedua anak gadis tersebut memberikan minuman pada ternakan-ternakan mereka. Sehingga selesai dari kerja itu, Nabi Musa kembali ke tempat perteduhannya.
Setelah beberapa ketika, seorang dari dua perempuan yang dibantu Nabi Musa datang kepadanya dengan keadaan yang malu-malu, sifat semula jadi seorang wanita, menjemput Nabi Musa kerumahnya kerana ayah mereka ingin membalas budi yang ditaburkan Nabi Musa kepada mereka.

Perkenalan Nabi Musa dengan ayah gadis-gadis ini dan setelah penceritaan semua peristiwa yang berlaku, salah seorang dari wanita gembala itu, mengusulkan pada ayah mereka agar diambil Nabi Musa bekerja dengan mereka kerana pada Nabi Musa ada sifat orang yang dipercayai dan juga seorang yang kuat.

Terus dikatakan pada Nabi Musa oleh ayah pada wanita ini,“aku sangat ingin untuk menikahkan kamu dengan salah seorang anakku,dengan (mahar) dasar kamu bekerja denganku 8 tahun dan kalau kamu mahu cukupkan 10 tahun, itu terserah padamu.” Nabi Musa bersetuju dengan syarat tersebut. Maka Nabi Musa dikahwinkan dengan salah seorang dari wanita anak kepada penternak binatang ini.

Kesimpulan cerita : seorang wanita mulia adalah mereka yang dijodohkan dengan seseorang yang dipercayai kebaikan dan akhlaknya oleh ayahnya sendiri. Yang datang dari mulut ayahnya bukan dari pihak lelaki.

2. Kisah Nabi Lut dengan kaumnya (surah Hud : 76-77)
Ketika datang utusan ( malaikat ) yang membawa berita dari Allah dalam bentuk manusia. Mereka mendatangi Nabi Lut sebagai tetamu. Berita tentang kedatangan tetamu ini, diketahui oleh kaumnya.Kita ketahui bahawa kaum Nabi Lut merupakan pelaku sodom (homoseksual-lesbian-suka sama jenis). apabila diketahui ada lelaki yang datang bertamu ke rumah Nabi Luth,segera mereka datang kepada Nabi Lut dalam keadaan bergesa-gesa.

Melihatkan sikap yang dipamerkan oleh kaumnya ini, Nabi Lut tahu dengan apa maksud yang merka ingin darinya,terus ditawarkan pada mereka anak-anak perempuannya dengan maksud dikahwinkan dengan mereka :
“wahai kaumku, ini merupakan puteri-puteriku, mereka lebih suci bagi kamu semua.bertakwalah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu mencemarkan aku dihadapan tetamu-tetamu ku ini.tiadakah dikalangan kalian orang yang berakal?” ayat ini disebut oleh Nabi Luth setelah sikap yang dipamerkan mereka dihadapan tetamu yang hadir. Sebagai seorang manusia yang berakal, timbul perasaan malu pada diri Nabi Luth dengan sikap yang dipamerkan oleh kaumnya. Jawapan yang diberikan oleh kaumnya :“Kamu dah tahu bahawa kami tiada keinginan terhadap anak-anak kamu, dan kami pasti kamu tahu apa yang kami mahu” jawapan yang sangat mengharu-birukan perasan seorang manusia yang berakal terhadap sikap yang dipamerkan oleh satu kaum yang sudah tidak kenal erti kemanusiaan.

Kesimpulan cerita : seorang ayah akan menjodohkan anaknya yang mulia dengan lelaki yang sanggup untuk membuat perubahan ke arah lebih baik.

3. Kisah perkahwinan Muhammad dengan Khadijah
Umum sudah kita ketahui kisah ini, yang Khadijah merisik Nabi. Kecerdikan, keramahan, dan sifat mulia yang ada pada diri Muhammad s.a.w sangat menarik hati dan naluri khadijah terhadap budi pekerti muhammad.
Dari perkahwinan antara Khadijah dan Muhammad , lahir seorang wanita yang menjadi antara wanita yang mula-mula sekali masuk ke syurga.Itulah Fatimah Azzahra.

Kesimpulan cerita :
a. Seorang wanita yang mulia akan memulakan langkah dengan merisik sendiri lelaki idamannya dengan melalui saluran yang betul. (guna orang tengah tanya bahagian lelaki).
b. Zuriat yang bagus juga dari hasil bermula cara perkahwinan dari ayah dan ibunya.

4. Perkahwinan Ali dan Fatimah
Nabi menawarkan pada para sahabat baginda tentang hasrat hatinya untuk mengahwinkan salah seorang dari kalangan mereka dengan puterinya Fatimah . Perkahwinan ada syarat yang diperlukan. Akhirnya, Ali cukup syarat yang diperlukan. Hasil perkahwinan Ali dan Fatimah melahirkan Hasan yang diketahui oleh kita telah menyatukan kembali perpaduan umat Islam yang berpecah di zamannya.

Kesimpulan cerita :
a. Seorang ayah akan mengahwinkan anaknya yang mulia dengan seorang lelaki yang cukup ciri kemuliaan dengan anaknya.
b. Ciri seorang pemimpin yang terbilang dihasilkan/dilahirkan dari pertemuan atau bagaimana cara pertemuan perkahwinan ibu bapanya.

5. Umar al-Khattab mengahwinkan anaknya
Suatu hari , saidina Umar melakukan rondaan di waktu malam untuk melihat suasana rakyatnya disamping mengetahui keadaan sebenar rakyatnya. Diri beliau yang selaku seorang khalifah umat Islam, cuba melakukan seadil mungkin di atas amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan ke atas bahunya. Suatu ketika ketika melakukan rondaan, beliau terdengar suatu pebualan di suatu rumah, Umar berhenti untuk mendengar perbualan tersebut. Seorang ibu menyuruh anaknya agar memerah susu untuk dijual esok dan periksa berapa banyak susu yang ada. Hasil dari pemeriksaan, anaknya (seorang perempuan) memberitahu bahawa susu yang ada hanya sedikit. “kamu tambahkan air ke dalam susu tersebut. Biar banyak sedikit hasil yang akan kita peroleh” kata si ibu. “tidak boleh ibu, iu seperti kita menipu timbangan pada manusia’ , kata si anak. “tidak mengapa, saidina umar tidak tahu perkara ini” balas si ibu.

Ketika ini, saidina umar semakin tertarik dengan perbualan mereka dan cuba mendengar apa jawapan dari anak perempuan tersebut. ‘ibu, saidina umar sememangnya tidak mengetahui perkara ini, tetapi Tuhan saidina Umar tahu akan perkara ini.’ Terkejut saidina Umar dengan jawapan yang diberikan oleh anak perempuan wanita tersebut. Setelah itu , keesokannya, Saidina umar mengarahkan pengawalnya memanggil kedua-dua beranak ini ke pejabatnya. Dan menawarkan kepada wanita tua tersebut untuk anaknya (seorang lelaki) dikahwinkan dengan anak wanita itu.

Hasil dari keturunan inilah lahirnya khalifah umar abdul aziz, seorang pemimpin yang terkenal dengan sifat adilnya dalam pemerintahan.

Kesimpulan cerita :
a. seorang wanita yang mulia akan ditawarkan/dirisik oleh ayah seorang lelaki yang ingin mengahwinkan anaknya dengan wanita tersebut.
b. Seorang pemimpin yang terbilang adalah hasil dari benih pertemuan ketika bermulanya perkahwinan dari ibu dan ayah mereka.

Kesimpulan dari cerita-cerita:
Dari kisah-kisah yang dipamerkan, jelaslah kepada kita, bahawa sunnah orang-orang beriman dalam perkahwinan banyak yang datang dari pihak perempuan dahulu. Hasil dari tarbiyah dan didikan itu, melahirkan pemimpin-pemimpin umat. Jodoh pertemuan adalah seperti nasi/makanan, yang mana ianya perlu diusahakan , bukan sekadar hanya mengharap tetapi usaha perlu dahulu dimulakan.

Akhir kalam, janganlah kita (para wanita) untuk malu melakukan langkah dahulu dalam memastikan kebahagiaan di dunia sebagai wasilah cemerlang diakhirat. Jika sudah dikenal pasti siapa yang berkenan di hati, jangan ragu-ragu untuk menyatakan hasrat melalui saluran yang betul.(elok ibu ayah atau orang tengah ).

Terbukti bahawa dari kisah-kisah di atas bahawa permulaan kepada pernikahan yang dimulakan oleh wanita menunjukkan kemuliaan wanita itu.Mahu menggunakan ibu ayah, maka Nabi Muhammad sebagai contoh dalam mengahwinkan anaknya, mahu mencari sendiri , maka khadijah (isteri Nabi) sebagai suri contoh .

Sifat malu itu bertempat. Dalam perkara ini, jika wanita memulakan dahulu bukan bermakna dia tidak punya sifat malu, tetapi wanita yang kata dia tidak mahu memulakan itu kerana malu ia adalah salah konsep, ia adalah segan bukan malu atau istilah lain, malu tidak bertempat.

Ingatlah, bahawa lelaki mulia dengan memilih seorang ibu yang baik untuk anak-anaknya, dan kemuliaan seorang wanita adalah dengan memilih calon bagi dirinya untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya.

Mungkin susah untuk kita mulakan. Namun, percayalah bahawa kemuliaan seorang wanita itu tidak akan rosak jika kita mulakan dulu. Ana pun berharap sangat dapat melakukannya walaupun susah diterima dalam masyarakat hari ini.

Disini ana link kan satu artikel yang amat menarik tentang isu ini.Marilah kita sama-sama membacanya.Artikel ini bertajuk: Wanita mulakan langkah pertama.

Saturday, November 6, 2010

YA ALLAH, AMPUNKAN DOSA-DOSAKU

 Ya Allah.. Ya Rabb..Baru ku tersedar , rupanya selama ini pegangan agamaku terlalu nipis bahkan jika dibandingkan dengan kulit bawang, lebih nipis darinya. Namun, Alhamdulillah..Syukur kehadrat Allah yang Maha Berkuasa. Melalui seorang Ustaz, diriku dibawa ke jalan hidayah dari terus berada dalam keadaan yang jahil. Syukran sangat-sangat Ustaz. Ya allah ampunkanlah segala dosa-dosaku. Astaghfirullahal ‘Azhim….Dengan lafaz   (لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله) –Aku bersaksi bahawasanya tiada tuhan melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawasanya nabi Muhammad adalah pesuruh ALLAH. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosaku yang lalu.Semoga segala percakapanku itu tidak memesongkan akidahku.Aku takut teramat sangat.Disebabkan kejahilan ilmu, kurangnya pegangan akidah didalam diri ini. Menyebabkan diriku mudah goyah.
 Sebenarnya, jikalau tak diteliti… Tidakku perasan bahawasanya segala percakapanku itu boleh  membawa kepada pemesongan akidahku. Na’uzubillahu minzalik.. Aku seorang muslimat yang memakai purdah.  Aku mula memakai purdah lebih kurang 2 tahun yang lalu. Perasaan itu hadir dan menghimpit jiwa bila melihat muslimat yang memakai purdah. Ku merasakan  betapa bagus dan indahnya akhlak mereka yang sentiasa menutup dan menjaga aurat dari mata-mata lelaki ajnabi. Diriku telah ditegur bila mengatakan bahawasanya, mungkin susah untuk aku bekerja dengan berpakaian seperti ini. Mungkinkah diriku terpaksa membuka purdah ini? Dengan kata-kata inilah Ustaz telah mengingatkan bahawasanya akidah aku boleh terpesong jika tidak yakin dengan ALLAH TAALA.  Diriku tak bermaksud pun begitu, namun sebenarnya melalui kata-katalah ia menzahirkan apa yang ada di dalam hati dan jiwa kita.
Firman Allah Taala:
وَمَن يَتَّقِ اللهَ يَجعَل لَّهُ, مَخرَجَا(2) وَيَرزُقهُ مِن حَيثُ يَحتَسِب وَمَن يَتَوَكَّل عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسبُه, إِنَّ اللهَ بَالِغُ أَمرِهِ قَد جَعَلَ اللهُ لِكُلِّ شَىءٍ قَدرًا (3)   surah at-thaalaq: 2-3
2. Dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),
3. Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah, ampunkanlah segala perbuatan diriku ini. Betulkan lah segala akidahku. Tetapkanlah keimananku dalam agama-Mu. Ya Allah jadilah diriku ini sebaik-baik muslim dan berpegang teguh dengan akidahMu walauapa keadaan pun yang ku hadapi….Terimalah taubatku ini Ya Allah..PI nak kongsi doa yang diajar oleh seorang ustaz dengan pembaca. Digalakkan membacanya setiap kali selepas solat..
اللَّهُمَّ أَحيِنَا بِالإِيمَان وَأَمِتنَا بِالإِيمَان وَاحشُرنَا بِالإِيمَان وَأَدخِلنَا الجَنَّةَ مَعَ الإِيمَان بِرَحمَتِكَ يَا أَرحَمَ الرَّحِمِين. اللَّهُمَّ هَوِّن عَلَينَا فِي سَكَرَاتِ المَوت وَبَارِك لَنَا فَي المَوت وَفِيمَا بَعدَ المَوت. اللَّهُمَّ اختِم لَنَا بِحُسنِ الخَاتِمَة وَلَا تَختِم عَلَينَا بِسُوءِ الخَاتِمَة.

Friday, November 5, 2010

AKU yang mereka panggil wanita ..

Keimananku hanya :
1. kepada ALLAH
2. Kepada Malaikat
3.Kepada Kitab
4.Kepada Rasul
5.Hari Kiamat
6.Qadak dan Qadar

Akhlakku :
1.Mencintai ALLAH                                   
2.Cintai Rasul
3. Bersifat benar
4. Bertaubat
5.Bersyukur
6.Bertaqwa
7.Jauhi takabur

Amalan anggotaku: 
1. Mengucap syahadah
2. Membaca Al-quran
3.Belajar Ilmu
4.Zikrullah
5.Menjaga lidah lidah dan anggota
6.Berdoa
7.Beristighfar

Tugas untuk diriku :
1.Bersuci
2.Tutup Aurat
3.Solat lima waktu
4.Tidak syirik
5.Membayar hutang
6.Beribadah

Untuk keluargaku :
1.Bernikah
2.menjaga hak keluarga
3.hormat ibu bapa
4.mendidik keluarga
5.Bersilaturrahim
6.sayang-menyayangi
7.memberi nafkah


'Setiap orang dilahirkan dengan keunikan-keunikan tersendiri.'






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket