Sunday, January 23, 2011

Muamalat Di Tempat Kerja

Realiti hari ini menyaksikan kehidupan lelaki dan wanita telah jauh daripada pegangan agama. Sifat, sikap, adab dan disiplin muamalah antara lelaki dan wanita terpesong jauh dari ajaran Islam. Dalam fenomena seperti ini, muamalah ditempat kerja tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.

Muamalat dapat didefinisikan sebagai pergaulan yang bermaksud perkumpulan antara lelaki dan wanita, wanita dan wanita mahupun lelaki dan lelaki pada suatu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di suatu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Namun, adakah semua lelaki mahupun wanita memahami batas-batas muamalat di tempat kerja agar kerja mereka mendapat pahala dan rumah tangga mereka kekal terpelihara? Sesungguhnya, lelaki dan wanita perlu memahami adab muamalat kerana menjaga batas pergaulan ini adalah tanggungjawab bersama.

Oleh yang demikian, beberapa perkara perlu difahami dalam menjaga muamalat antara lelaki dan wanita di tempat kerja. Antaranya, niat ikhlas kerana keredhaan Allah Taala. Mereka harus mengikhlaskan niat dalam meletakkan tumpuan mengapa mereka memegang sesuatu jawatan. Justeru, jika seseorang itu ingin mendapat keredhaan Allah Taala, mereka akan sentiasa menjaga muamalat di tempat kerja berdasarkan garis panduan yang diletakkan oleh syarak.

Selain itu, pandai menempatkan diri di tempat kerja. Lelaki mahupun wanita haruslah menyesuaikan diri dengan suasana di tempat kerja dan menjaga hati( iman) dari melakukan perkara yang dilarang oleh syarak. Umpamanya, menundukkan pandangan adalah sangat dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya , berfikirlah dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara kerana kemungkinan besar apa yang kita lakukan itu akan memberi kesan yang buruk kepada diri kita dan juga Islam.

Bersikap sopan santun dan ramah juga sangat dituntut dalam islam ketika bermuamalat di tempat kerja. Pekerja haruslah berpakaian sopan ketika di tempat kerja dan sentiasa ramah dalam melakukan tugas. Mereka harus menjaga perasaan orang lain ketika berkomunikasi dan berusaha untuk saling membantu ketika melihat rakan sekerja memerlukan bantuan. Di samping itu juga, haruslah emosional dalam mengawal emosi.

Kesimpulannnya, lelaki dan wanita haruslah mengambil penting dalam muamalat di tempat kerja. Hal ini kerana, ia melibatkan adab dan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Batas- batas agama haruslah dititik beratkan demi untuk mendapat keredhaan Allah taala dalam setiap kerja yang kita lakukan. Sesungguhnya, bekerja itu merupakan ibadat dan dapat meberi pahala kepada umat Islam yang melakukannya ikhlas kerana Allah Taala.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket